TERIMA KASIH LEICESTER CITY!

cea5e77c27aba40aca78547135e0c136

Sudah agak lama saya tidak update artikel baru ni blog ini. Kesibukan dunia kadang-kadang memenatkan minda dan fizikal. Baru-baru ini baru sahaja selesai pilihan raya negeri Sarawak, dimana seperti yang dijangka itulah pemenangnya.

Dalam sibuk-sibuk kita dihujani dengan berita ‘kamek sayang sarawak’ di media arus perdana, peminat bola sepak seantero dunia telah menyaksikan juara baru liga perdana Inggeris (EPL) iaitu Leicester City. Bukan MU, MC, Arsenal, Chelsea, mahupun Liverpool. Tetapi Leicester City.

Ketika awal saingan EPL, Leicester City hanyalah pendatang baru Liga yang baru hendak bersaing di liga yang paling mencabar di muka bumi ini.

Tiada siapa pun yang mengenali pemain-pemain Leicester City. Pasukan ini tidak mempunyai pemain ternama dan mahal, tidak mempunyai penyokong kuat di seluruh dunia seperti rakan kelab lain di EPL, dan ramai yang meramal pasukan ini hanya bertahan cuma semusim di pentas EPL.

Tetapi benar kata orang, bola itu bulat. Bola sepak bukan sekadar tentang nilai pemain, jenama, dan kuasa duit. Bahkan ia lebih daripada itu.

Kelab-kelab yang mempunyai kuasa wang seperti MC dan Chelsea sibuk membeli sesiapa sahaja pemain yang mereka hendak tanpa mengambil kisah harga yang tidak masuk akal nilainya.

Kuasa wang telah sebenarnya menghancurkan bakat-bakat muda yang sedang meningkat naik. Pemain-pemain akan ditawarkan wang yang lumayan serta pelbagai lagi imbuhan agar sign kontrak.

Read More

TEORI R.A.H.M.A.N : MERAMAL SIAPA PERDANA MENTERI SELEPAS DS NAJIB

b719c6629ed9c5f88f016b5e58c05b0a

Apa itu teori RAHMAN? Bagi saya yang membesar di era 90-an dan awal 2000-an, teori ini sangat terkenal. Satu teori yang sangat viral pada waktu itu.

Ini bukan teori sains, matematik, geografi ataupun fizik. Ini hanyalah satu teori konspirasi yang penuh dengan unsur kebetulan.

Saya ingin jelaskan bahawa ramalan ini tiada kaitan dengan unsur sihir, syirik, khurafat,dan segala jin jembalang.

Tulisan ini juga tiada kaitan dengan filem Munafik yang sedang meletup di pawagam masa ini.

Sekalipun saya sendiri tidak tahu dari mana asal usul teori ini, tidak salah untuk kita meraikan sesuatu yang pendapat, selagi ia tidak bertentangan dengan agama…betul tak?

Pada ketika saya menulis artikel ini, buat pertama kalinya Tun Dr.M bersama pemimpin Umno ,Pembangkang dan NGO bersatu dalam menandatangani satu deklarasi untuk mendesak DS Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

TEORI APAKAH INI?

Teori ini meramal siapa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini. Jangan ada pula salah sangka mengatakan ini satu hasutan untuk menjatuhkan PM.

Mari kita menjadi pembaca yang bijak. Dalam santai, kita berfikir. Cuba hayati setiap mesej yang cuba saya sampaikan.

Mengikut teori ini, terdapat 6 Perdana Menteri mengikut huruf hadapan RAHMAN.

Berikut adalah teorinya.

R – Tuanku Abdul Rahman

A – Tun Abdul Razak

H – Tun Hussein Onn

M – Tun Mahathir

A – Tun Abdullah Ahmad Badawi

N – Datuk Seri Najib

Teori ini berakhir dengan huruf N iaitu Najib. Maka, sekiranya teori kebetulan ini betul, siapakah pula PM Malaysia selepas DS Najib?

Read More

OLA BOLA : ANTARA FILEM, SEJARAH DAN ORANG SABAH

866d36cfe8fb927c0ff8a0afeea082aeG

OLA BOLA : Sebuah filem yang sedang hangat mendapat kutipan jutaan ringgit ketika ini. Filem yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai kisah bola sepak negara pada tahun 1980.

Ramai yang memuji akan filem ini. Daripada sinematografi yang menawan, jalan cerita yang memang menarik, serta lakonan hebat daripada pelakon yang kebanyakannya masih baru, kesemua ramuan ini ada filem Ola Bola.

Apapun, artikel ini bukanlah mengenai sinopsis filem mahupun ulasan mengenai filem itu sendiri. Saya mahu anda baca artikel ini dengan hati yang lapang supaya anda mudah faham.

Bukan niat untuk mempertikaikan moral daripada filem. Secara peribadi, filem ini sangat sarat dengan mesej perpaduan. Sangat memberi inspirasi kepada anak muda kita.

Ramai orang tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut di mana skuad bola sepak negara berjaya menewaskan Korea Selatan untuk mara ke Sukan Olimpik. Ini adalah sejarah.

Namun, isu timbul apabila kisah sejarah yang diubah setelah difilemkan, walaupun kononnya untuk tujuan komersial.

SEJARAH APA YANG DIUBAH?

Pertama, keputusan perlawanan yang sebenar ialah 2-1, bukannya 3-2 seperti yang ditayangkan di filem.

Kedua, pemain yang menjaringkan gol ialah James Wong setelah menerima hantaran daripada Hassan Sani. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem.

Yang menariknya, kedua-duanya merupakan anak jati Sabah.

Ada seorang lagi  pemain sabah dalam skuad yang negara pada waktu itu iaitu penjaga gol, Peter Rajah.

Read More

ORANG ISRAEL BERAGAMA ISLAM?

1dffba4ff1854e0ea2b4a52fc1a4aff4

Orang Israel beragama Islam? Ya..ini adalah satu fakta. Fakta yang mungkin ramai orang tidak tahu sambil mengerut kening. Bukan semua orang Israel adalah Yahudi.

Kebetulan pula baru-baru ini, isu tudung Nelofa yang dijual ke Israel sedang hangat diperkatakan. Pelbagai reaksi diberikan. Ada memuji, ada juga yang mengutuk.

Apa yang pasti tudung itu dibeli oleh pelanggan muslim di Israel. Bayangkanlah jika tidak ada sesiapa menjual tudung untuk muslimah di Israel, apa pula mereka hendak guna untuk menutup aurat.

Maka ini waktu sesuai untuk anda membaca artikel ini. Fakta statistik yang bakal saya huraikan akan menjawab persoalan di minda anda.

Ketika ini, sehingga 2016…jumlah penduduk Israel ialah dianggarkan sebanyak 7 juta manusia.

1.7 juta daripadanya adalah bangsa Arab yang beragama Islam.

Read More

MUKHRIZ MAHATHIR…SELAMAT BERJUANG

in Petaling Jaya on January 20, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

MUKHRIZ  MAHATHIR. Seorang tokoh politik yang tidak asing lagi beritanya mutakhir ini. seorang pemimpin politik yang akhirnya melepaskan jawatan dek kerana kerakusan politik itu sendiri.

Secara peribadi, saya kurang mengikuti cerita politik beliau. Namanya hanya mula kerap didengar hanya selepas memegang jawatan menteri besar Kedah.

Dan seperti yang kita sedia tahu, beliau akhirnya meletak jawatan sebagai MB Kedah selepas pergolakan dalaman partinya sendiri.

Inilah politik. Untuk menjadi ahli politik, segala kemungkinan boleh berlaku. Kawan jadi lawan jadi kawan. Hari ini berjabat tangan esok mengenggam tangan. Hari duduk di kerusi empuk berhawa dingin, esok mungkin meringkuk dalam jel besi.

Mari kita meraikan sesuatu pengajaran di sebalik konflik yang hampir melumpuhkan sebuah kerajaan negeri ini.

Tak perlu la kita sibuk ikut menjaja keburukan atau kelemahan sesiapa. Kita bersembang tentang kebaikan, mudah-mudahan kita mendapat hikmah dan ibrah.

Read More