ORANG ISRAEL BERAGAMA ISLAM?

1dffba4ff1854e0ea2b4a52fc1a4aff4

Orang Israel beragama Islam? Ya..ini adalah satu fakta. Fakta yang mungkin ramai orang tidak tahu sambil mengerut kening. Bukan semua orang Israel adalah Yahudi.

Kebetulan pula baru-baru ini, isu tudung Nelofa yang dijual ke Israel sedang hangat diperkatakan. Pelbagai reaksi diberikan. Ada memuji, ada juga yang mengutuk.

Apa yang pasti tudung itu dibeli oleh pelanggan muslim di Israel. Bayangkanlah jika tidak ada sesiapa menjual tudung untuk muslimah di Israel, apa pula mereka hendak guna untuk menutup aurat.

Maka ini waktu sesuai untuk anda membaca artikel ini. Fakta statistik yang bakal saya huraikan akan menjawab persoalan di minda anda.

Ketika ini, sehingga 2016…jumlah penduduk Israel ialah dianggarkan sebanyak 7 juta manusia.

1.7 juta daripadanya adalah bangsa Arab yang beragama Islam.

Dari Mana Datangnya bangsa Arab Ini?

Ketika negara haram Israel dilahirkan pada 1948, terdapat sebahagian bangsa Arab yang menyertai dan menyokong penubuhan Israel.

Mereka-mereka inilah datuk nenek moyang kepada generasi Arab Israel pada masa ini.

Adakah Orang Arab Israel Muslim menyokong perjuangan Yahudi Israel?

Persoalan yang ramai orang di Malaysia tidak berapa nak ambil tahu. Sebab itu, apa-apa yang berkaitan samada lansung atau tidak dengan Israel, terus di cop menyokong Yahudi.

Untuk pengetahuan anda, generasi Arab Israel ketika ini terbahagi kepada dua.

Satu golongan menyokong Negara Israel. Mereka menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Israel.

Bahkan, terdapat dikalangan mereka yang menjadi tentera Israel, yang terlibat menembak orang Islam sendiri. Pelik tapi benar.

Manakala golongan yang satu lagi adalah sebaliknya, iaitu menentang kerajaan Israel dan menjadi pejuang-pejuang Islam.

Sekiranya anda masih ingat peristiwa Kapal  yang menghantar bantuan ke Palestin.

Dalam peristiwa itu, tentera Israel tidak menembak kapal tersebut kerana sebahagian besarnya adalah warga Arab Israel.

Perlu diingat, warga Arab Israel ini mempunyai hak dalam mengundi untuk memilih presiden Israel.

KESIMPULAN

Untuk berhadapan dengan musuh, kita kena kenal siapa sebenarnya musuh kita.

Saya suka ingatkan diri saya dan pembaca, masih ramai orang Islam yang menyokong perjuangan zionis yahudi ini.

Menyokong mungkin tanpa sedar. Antaranya dengan membeli barang-barangan yang ada kaitan dengan mereka.

Setidak-tidaknya, tanpa perlu kita berperang di medan senjata, kita berperang dengan apa yang kita ada.

 

One thought to “ORANG ISRAEL BERAGAMA ISLAM?”

  1. Syukur alhamdulillah di atas perkongsiannya. Perbanyakkan kata2x seperti ini bagi membuka mata para islam di luar sana. Jg lalai dan jgn leka. Sdgkan musuh sdah lama bsiap sedia untuk menghabiskan umat islam. Sdgkan kita dsini santai mnunggu untuk dibunuh. Masyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *