Skip to main content

MH370, LAUT DALAM DAN DAJJAL

rdsc_0023_by_adila

Kisah MH370 lagi. 

Mungkin ada yang perasan bahawa Kisah MH370 ini sangat dekat dihati saya. Merungkai misteri MH370 ini saya ibaratkan seperti bermain puzzle.

Dihujung permainan puzzle ini barulah kita akan dapat hint siapa dan mengapa disebalik semua kejadian.

Namun, masih ramai orang diluar sana belum menemui jalan keluar kepada puzzle misteri ini.

Saya terpaksa berhati-hati dalam penulisan artikel yang berkaitan MH370.

Bagi yang mengikuti kisah-kisah peristiwa akhir zaman, MH370 merupakan antara kompenan penting dalam caturan yang sedang dirancang.

Apa yang dirancang? Siapa? Untuk Apa?

Bagi yang mungkin perasan, kisah MH370 ini sudah semakin dilupakan. Mungkin orang pun sudah ingat-ingat lupa akan peristiwa malang ini.

Kisah-kisah penemuan kononnya bangkai pesawat MH370 dibeberapa kawasan hanya disiarkan di pertengahan waktu berita perdana.

Secara kebetulannya, kisah penemuan bangkai pesawat BIASANYA akan muncul ketika negara sedang berhadapan dengan krisis ataupun skandal.

Apapun, untuk artikel kali ini saya tidak mengulas mengenai isu ini daripada sudut yang mungkin biasa kita pandang.

Saya cuba untuk membawa anda untuk keluar daripada kepompong pengaruh media dan anasir luar menerusi perkongsian kali ini.

Jika kita asyik dengan laporan-laporan di kaca tv dan internet , ia sebenarnya membawa kita terus terperangkap dengan permainan puzzle yang penuh muslihat dan misteri.

Biar saya jelaskan disini bahawa artikel yang saya tulis ini tidak akan membawa pembaca bertemu bangkai pesawat MH370.

Namun kisah MH370 ini sebenarnya boleh membawa kita untuk dekat dengan mukjizat agung yang masih ada dengan kita umat Islam, iaitu al-Quran.

Al-Quran, MH370 dan LAUT DALAM

Saya memetik kata-kata laporan MH370 yang disampaikan oleh PM Najib. Beliau menyatakan bahawa pesawat malang MH370 ini berakhir di Laut dalam di Lautan Hindi.

Saya garis bawah kan perkataan Laut Dalam.

Dalam al-Quran, ada ayat-ayat yang merujuk kepada Laut. Namun, saya suka memetik satu Surah yang menceritakan secara detail apa yang itu Laut dalam dan apa yang terdapat di laut dalam.

Sudah Nampak kaitan? Sebelum anda membaca terjemahan surah ini, perlu kita ingat bahawa surah ini turun lebih 1000 tahun lalu.

Ketika itu, sudah pasti tidak ada alat canggih yang mampu merakam apa yang terdapat di laut dalam.

Bahkan, sekiranya kita mempelajari sirah Nabi, Baginda tidak pernah pun berlayar ke laut. Begitu juga dengan sahabat rapat baginda.

Bila kita faham hakikat ini, situlah kita akan merasai mukjizat Al-Quran.  Fahami ayat dan terjemahan surah di bawah.

“Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.”

(An-Nur: 40)

Untuk lebih memahami maksud ayat daripada terjemahan, saya syorkan anda kaji pula tafsir kepada ayat ini.

Sebelum ini terus terang saya akui kurang mengkaji pasal laut. Saya anggap keadaan dalam laut sama sahaja seperti yang selalu digambarkan.

Namun, ayat ini membuka minda dan hati saya untuk mengkaji dan mengkaji tentang laut.

Penemuan saintifik pada abad ke-20 telah membuktikan apa yang telah di sebut dalam Al-Quran.

Secara ringkas, Dalam laut dalam, terdapat satu lapisan ombak yang memisahkan antara 2 jenis laut. Ombak ini dikenali sabagai internal waves.

Dasyatnya ombak ini sehingga kapal selam pun tidak akan meredahnya.

Dengan tiadanya sedikitpun cahaya daripada matahari, anda bayangkan sajalah betapa gelapnya keadaan di dasar laut dalam.

Hidupannya juga pasti berbeza daripada hidupan laut yang sering kita lihat di televisyen ataupun di pasar.

Misteri laut dalam ini masih belum dapat dirungkai sepenuhnya oleh pengetahuan dan teknologi manusia.

Bila sudah ada gambaran mengenai keadaan di laut dalam, maka akan mudah untuk kita menjangka apa maksud tersirat disebalik kenyataan laporan MH370 oleh Tuan PM Malaysia.

Bukan saya suruh anda menjadi nujum. Tetapi mari kita ubah cara kita menerima input dengan mengubah cara kita melihat dan mentafsir sesuatu maklumat.

Berapa ramai rakyat kita khususnya muslim yang mengkaji, mencipta alat, dan mahupun pakar selok belok tentang laut khususnya laut dalam.

Untuk mudah faham, lihat pada operasi mencari bangkai MH370 di Luatan Hindi.

Berapa kerat rakyat Malaysia yang terlibat secara dalam pencarian itu? Kalau adapun sedikit.

Bagaimana dengan alat ciptaan Malaysia untuk mengesan serpihan pesawat di laut dalam? Mungkin tidak ada.

Bagaimana dengan tenaga pakar dalam khusus dalam ilmu laut dalam? Juga mungkin tidak ada.

Jika kita fahami surah tadi, Allah menyuruh kita mengkaji tentang laut dalam sejak dahulu lagi.

Kita harus faham bahawa ayat-ayat yang turun dari langit bukan hanya sekadar cerita. Bahkan ia melangkaui zaman sehingga ke akhir zaman.

Itulah pentingnya kita melihat al-Quran itu sebagai mukjizat, bukan sekadar kitab.

SEKIRANYA, kita memiliki ilmu, kepakaran, teknologi dan alat canggih mengenai laut dalam, MUNGKIN misteri MH370 ini dapat dirungkai lebih awal.

LAUT DAN DAJJAL

Sebelum saya akhiri artikel ini, Saya bawa perhatian pembaca untuk kita memahami satu hadis panjang berkenaan Tamim Ad-Dari.

Siapa itu Tamim Ad-Dari? Secara ringkas, Beliau merupakan sahabat Baginda Rasullullah yang pernah bertemu dajjal di sebuah pulau selepas terdampar akibat bot yang dinaikinya karam di lautan.

Dalam banyak-banyak hadis sahih, kisah Tamim Ad-Dari adalah antara hadis yang secara khusus berkait dengan laut.

Melalui perkaitan dengan laut inilah, membawa kita kepada penemuan sebuah pulau misteri yang dihuni oleh dajjal.

fxrpc5

Bukan tujuan untuk kita mencari dimana pulau itu, tetapi hubung kait antara MH370 dan Laut dalam ini membawa kita kepada kisah dajjal.

Maka, bagi anda yang sudah faham, peristiwa MH370 ini merupakan salah satu daripada peristiwa yang sangat kuat dengan unsur fitnah dajjal.

Untuk berhadapan dengan fitnah tersebut, kita perlu kembali kepada mukjizat yang masih kekal hingga pada hari ini dan sampai akhir zaman iaitu Al-Quran.

Jangan kita biarkan kitab suci ini hanya sebagai perhiasan ataupun berhabuk tidak disentuh dan dibaca.

Kegagalan umat Islam hari ini berhadapan dengan fitnah-fitnah dajjal adalah kerana kebodohan dan kelemahan umat sendiri untuk memahami setiap isi yang terkandung dalam Al-Quran.

Buka mata. Buka minda. Buka hati.

MH370 adalah sekadar salah satu daripada banyak lagi peristiwa dasyat yang akan berlaku.

Bahkan, beberapa ketika dari sekarang, percayalah akan berlaku satu lagi peristiwa dasyat dan misteri sama seperti misterinya kejadian MH370.

Saya bukan nujum pak belalang meramal masa depan. Mari kita berdoa agar terhindar daripada fitnah dajjal. Amalkan apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Kerana fitnah dajjal itu akan terus berlaku sehinggalah akhir zaman.

Wallahualam.

One thought to “MH370, LAUT DALAM DAN DAJJAL”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *