Skip to main content

MADU KELULUT PENAWAR BAGI COVID 19?

Pernah minum madu kelulut? Mungkinkah madu yang anda minum itulah penawar bagi virus covid 19?

Sehingga artikel ini ditulis, vaksin, ubat ataupun penawar kepada covid 19 masih belum ditemui. Saya yakin, seluruh saintis di dunia sedang berusaha untuk ke arah itu.

Di Malaysia, saya difahamkan juga, beberapa universiti juga terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam pengkajian mencari penawar covid 19.

Dengan kepakaran rakyat tempatan, siapa sangka suatu hari nanti Malaysia mampu menjadi antara negara yang menghasilkan vaksin sendiri.

Cuma yang ingin saya kongsikan di sini tentang satu laporan dari Harian Metro bertarikh 13 Mac 2020.

Antara lain memetik kata-kata Pengerusi Persatuan Lebah Kelulut Terengganu, Encik Mohd. Sufian Mat Nor, yang madu kelulut mungkin mempunyai potensi untuk melawan penyakit Covid 19.

Berikut adalah ulasan saya yang mungkin bermanfaat untuk kita.

Madu dan penawar

Seperti yang kita sedia maklum, madu adalah salah satu makanan sunnah. Ia sangat mujarab dijadikan sebagai sumber antibody kepada badan.

Menurut laporan tersebut, kandungan yang terdapat dalam madu kelulut sangat baik untuk penyakit yang berkait dengan pernafasan seperti batuk.

Permintaan yang tinggi terhadap madu kelulut ketika musim wabak covid 19, menunjukkan kepercayaan masyarakat terhadap madu kelulut.

Madu dan batuk

Batuk merupakan antara gejala bagi mereka yang dijangkiti covid 19.

Batuk, merupakan tanda bahawa badan kita sedang diserang oleh virus. Ingin saya kongsikan pengalaman saya ketika diserang batuk.

Pernah saya menghabiskan 2 jenis batuk namun batuk masih lagi tidak hilang. Sehinggalah seseorang memperkenalkan saya dengan madu kelulut.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari mengamalkannya, batuk yang teruk itu beransur pulih.

Semenjak itu, meminum madu kelulut merupakan amalan wajib harian saya.

Madu adalah jawapan kepada covid 19?

Adakah madu adalah ubat yang kita tunggu-tunggu selama ini? Jawapan saya mungkin ya, mungkin tidak.

Testimoni saya sembuh dari batuk bukanlah satu bukti bahawa madu kelulut adalah penawar bagi covid 19.

Kita mungkin pernah mendengar bahawa ada terdapat herba tertentu kononnya boleh menjadi penawar corona.

Daun semambu juga pernah dikaitkan dengan rawatan corona. Begitu juga dengan bawang putih.

Namun, semua ini hanyalah sekadar dakwaan dan kepercayaan tempatan.

Selagi belum ada kajian dan bukti saintifik, ia tidak boleh dijadikan sandaran. Covid 19 bukanlah penyakit yang kaleng-kaleng.

Bayangkan, betapa mudahnya virus ini merebak dan mengorbankan ratusan ribu penduduk seluruh dunia, hanya dalam tempoh beberapa bulan sahajan

Ia memerlukan suatu kepakaran untuk mengatasinya.

Di sini, saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada En. Mohd. Sufian bahawa pihak yang mempunyai kepakaran dan kemampuan seperti universiti tempatan tampil membuktikan kehebatan madu kelulut.

Bagi mereka yang tidak dijangkiti Covid 19, jadikanlah madu kelulut satu amalan harian anda. Banyak khasiat dan kebaikan yang akan kita nikmati.

Bukankah menjaga kesihatan diri juga adalah tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita.  

Ingat sihat, sebelum sakit.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *