MEMBONGKAR RAHSIA WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS

MEMBONGKAR WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS

Melihat wajah para nabi? Mungkin ramai yang belum mendengar akan kisah ini.

Kisah ini dirakamkan dalam riwayat Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi dalam kitab Dala’ilun Nubuwwah.

Penulisan ini adalah bersumberkan daripada ceramah Ustaz Nazmi Karim. Anda boleh rujuk disini.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kisah ini bermula apabila sahabat nabi berdakwah dihadapan Raja Rom, iaitu Heraclius. Jom baca.

BERTEMU RAJA HERACLIUS

Dihadapan Raja Heraclius, para sahabat berdakwah dan mengajak raja kepada Islam.

Perwatakan para sahabat ini menarik perhatian raja. Beliau mengajak tetamunya untuk bermalam di Istana.

Kisah bermula dari sini.

Pada suatu malam, Raja Rom membawa rombongan para sahabat ke satu bilik besar yang disalut dengan emas.

Di dalamnya terdapat pintu-pintu kecil. Dibuka setiap pintu kecil. Disetiap pintu kecil itu ada gambar yang memamarkan wajah-wajah para nabi.

NABI ADAM

Dibuka pintu pertama, dikeluarkan sekeping sutera berwarna hitam. Dibentangkan sutera ini dan ada gambar berwarna merah.

Gambar seorang lelaki. Matanya besar. Punggungnya besar. Lehernya panjang. Tidak berjanggut. Rambutnya ada tocang panjang. Cantik rupanya.

Inilah wajah Nabi Adam a.s.

NABI NUH

Dibuka pintu kedua. Dikeluarkan sutera hitam. Gambar seorang lelaki.

Rambutnya keriting. Mata kemerah-merahan. Badannya besar. Janggutnya cantik.

Inilah gambar Nabi Nuh a.s.

NABI IBRAHIM

Raja membuka pula pintu ketiga. Dikeluarkan sutera hitam. Para sahabat melihat gambar lelaki yang sangat putih.

Cantik matanya. Licin dahinya. Pipinya panjang. Putih janggutnya. Wajahnya senyum.

Inilah wajah Nabi Ibrahim a.s.

NABI MUHAMMAD

Dibuka pintu keempat. Dikeluarkan sutera berwarna putih.

Bezanya, para sahabat kenal sangat akan wajah dalam gambar tersebut. Terkejut Raja Rom. Raja dan sahabat menangis ketika kejadian ini.

Inilah wajah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

NABI MUSA

Dibuka pula pintu kelima. Dikeluarkan sutera hitam. Gambar wajah lelaki yang kulitnya agak kehitaman. Rambutnya keriting. Matanya agak cengkung dan kedalam.

Pandangan matanya agak tajam. Masam mukanya. Cantik susunan giginya.

Itulah Nabi Musa a.s.

NABI HARUN

Berhampiran gambar Nabi musa, terdapat seorang wajah lelaki mirip Nabi Musa.

Muka tidak segarang muka tadi. Ini adalah abang kepada Nabi Musa.

Nabi Harun a.s.

NABI LUTH

Raja membuka pintu yang keenam. Terdapat gambar seorang lelaki.

Kulitnya sawo matang. Sederhana tinggi. Muka kelihatan marah.

Ini wajah Nabi Luth a.s.

NABI ISHAK

Dibuka pintu seterusnya. Gambar seorang lelaki. Kulit putih kemerah-merahan.

Mancung hidungnya. Jambangnya nipis. Kacak rupanya.

Inilah wajah Nabi Ishak a.s.

NABI YAAKUB

Dibuka pintu yang kelapan. Gambar seorang lelaki yang seakan rupa Nabi Ishak.

Dibibirnya ada sumbing sedikit.

Inilah Nabi Yaakub a.s.

NABI ISMAIL

Dibuka pintu yang kesembilan. Gambar seorang lelaki putih kemerah-merahan.

Hidung mancung. Tinggi orangnya. Mukanya bercahaya. Gayanya tenang dan kusyuk.

Inilah Nabi Ismail a.s. …..Datuk Moyang kepada Nabi kita..Nabi Muhammad SAW.

NABI YUSUF

Dibuka pintu yang kesepuluh. Keluar satu gambar. Rupanya mirip-mirip Nabi adam.

Tapi mukanya semacam cahaya matahari. Silau mata melihat.

Inilah wajah Nabi Yusuf a.s.

NABI DAUD

Pintu yang kesebelas. Keluar satu gambar. Wajah lelaki putih kemerah-merahan.

Kecil betisnya. Besar perutnya. Sederhana tinggi. Membawa pedang.

Inilah wajah Nabi Daud a.s.

NABI SULAIMAN

Dibuka pintu yang kedua belas. Gambar seorang lelaki yang besar punggungnya.

Panjang kakinya. Dalam keadaan menunggang kuda.

Ini wajah Nabi Sulaiman a.s.

NABI ISA

Seterunya dibuka pintu yang ketiga belas. Seorang lelaki yang muda.

Hitam janggutnya. Lebat rambutnya. Cantik dua matanya. Kacak rupanya.

Inilah wajah Nabi Isa a.s.

ASAL USUL GAMBAR

Selesai diperlihatkan semua gambar, para sahabat bertanya kepada raja. Dimanakah beliau mendapatkan semua gambar ini?

Maka berkatalah raja kepada sahabat.

Nabi Adam pernah meminta kepada Allah supaya Allah melihatkan bagaimana wajah para nabi daripada zuriatnya.

Lalu Allah turunkan kepada Nabi Adam semua gambar-gambar para nabi.  Dan diletakkan para satu peti yang dimiliki oleh Nabi Adam. Lalu ditanam ditempat terbenamnya matahari.

Ketika zaman Zulkarnain, beliau mengeluarkan peti tersebut daripada tanah,dan diberikan kepada Nabi Daniel.

Menurut raja, demi Allah, dia ingin mengikut ajaran Nabi Muhammad. Tetapi raja ini berkata, dia hanyalah hamba dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap dakwah para sahabat.

Lalu dibenarkan sahabat-sahabat ini untuk kembali pulang ke tempat asal mereka di Madinah.

Sampai di Madinah, mereka bertemu Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Selepas mendengar cerita itu, menangis Abu Bakar. Beliau berkata betapa kesian dan miskin raja itu.

KESIMPULAN

Kalau Allah hendakkan kebaikan, nescaya akan diberikan hidayah dan petunjuk.

Bayangka, semua koleksi gambar nabi ada pada raja itu. Tapi takdir Allah, hati tidak terbuka untuk beriman kepada Allah SWT.

Benarlah kata-kata, hidayah itu milik Allah.

Persoalannya, dimanakah gambar-gambar itu sekarang?

Wallahu ‘alam bis shawab.

16 thoughts to “MEMBONGKAR RAHSIA WAJAH PARA NABI: BERTEMU RAJA ROM HERACLIUS”

  1. Kalau mmg wujud pun gmbr2 tu, tentu pada org Kristian rom. Sbb yg simpan, asal dr raja rom. Mcm yg umum tau, Kristian pun tau kebenaran, tp sbb tradisi dan ego, hidayah pun xde dpt. Klu pope umumkn kebenaran, dia sndiri bole mati. Haha

    1. Kita tak tau apa yg ada di sebalik Vatican City di Rome, Itali. Kalo ada ura2 mengatakan bahawa injil asal wujud, mungkin mereka yg simpan gambar2 tu sbb mmg tabiat mereka suka menyembunyikan kebenaran.

    2. Kita tak tau apa yg ada di sebalik Vatican City di Rome, Itali. Kalo ada ura2 yang mengatakan bahawa injil asal wujud, mungkin mereka yg simpan gambar2 tu sbb mmg tabiat mereka suka menyembunyikan kebenaran.

  2. Salam, tuan tak silap ana ade riwayat lain juga cuma ana faqir dari memahami nas hadith cuma ana ade terdengar ade di fathul bari hadith dari abu sufyan

  3. Citer kartun..dengar sbg penglipur lara boleh le, tak boleh dijadikan pegangan. Imam baihaqi tu dr baihaq dkt khorasan,iran. Lahir pun setelah hampir 400 tahun rasulullah wafat, tidak ada hadis nabi saw yang sebut citer ni. Knp sewaktu balik dia tidak cerita pada nabi saw..knp pd abu bakar ra..sdgkan hercules hidup sezaman nabi saw.

    1. bro, ni hadith sahih..bukan daif..jgn bercakap komen sesodap rasa, boleh tgk youtube uztaz terkemuka bercierita tentang kisah ni..

    2. Mengikut kefahaman dangkal aku,ketika mereka menceritakannyakepada Saidina Abu Bakar r.a,baginda Rasullalah telah pun wafat.

  4. Kalau kamu boleh buktikan cerita ini sebagai penglipur lara…sila buktikan..
    Jangan sekadar memperlekehkan seorang ulama sunni yang tinggi ilmunya
    Kalau kamu sendiri pun tak tahu…lebih baik diam Dan sebut WallahuA’lam.
    cermin diri sendiri dulu,setinggi mana ilmu kamu utk mencemuh seorang ulama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *