PERGINYA SEORANG ULAMA : 5 PERKARA TENTANG ALLAHYARHAM USTAZ HARON DIN DAN PENINGGALANNYA UNTUK KITA

fa95

Salam takziah buat keluarga  Allahyarham Ustaz Haron Din.

Tanggal 16 September akan diingati bukan hanya sekadar Hari Malaysia. Rupanya itu juga tarikh seorang lagi ulama tanah air di jemput menghadap illahi.

Saya secara peribadi tidak pernah bersua muka dengan allahyarham. Saya juga tidak melihat beliau secara real samada dekat atau dari jauh.

Hanya sesekali sahaja melihat dan mendengar ceramah-ceramah agama Allahyarham di Youtube.

Namun, pada pagi ketika kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham, saya seolah-olah turut sama merasa sayu dan sedih.

Entah mengapa tiba-tiba terasa macam ada hubungan yang terjalin. Seolah-olah sudah lama mengenali beliau. seperti pernah duduk berbual-bual dengannya.

Mungkin itulah namanya aura seorang insan yang bergelar ulama. Disepanjang kehidupannya di muka bumi, sibuk memperjuangkan agama Allah.

Allah jugalah yang mengikat hati kita untuk turut sama merasai pemergian insan tersohor ini.

Saya tuliskan 5 perkara mengenai Allahyarham dan kisah pemergiannya  mengikut sudut pandang saya (insan lemah yang masih banyak perlu belajar ini).

Insyaallah. Mudah-mudahan kita beroleh kebaikan.

LEGASI PERUBATAN ISLAM

Allahyarham merupakan antara pelopor dalam mengarus perdanakan perubatan alternative di Malaysia khususnya rawatan Islam.

Tertubuhnya Darussyifa merupakan symbol legasinya dalam menegakkan rawatan Islam.

Ia berjaya mengubah jika tidak pun semua, sebahagian masyarakat Islam secara tidak lansung dalam  mengenai rawatan Islam.

Jika dulu saya selalu kaitkan rawatan Islam hanya untuk menghalau Jin dan Saka. Namun, rupanya ia lebih daripada itu.

Bahkan pelbagai jenis penyakit termasuk kanser sekalipun boleh disembuhkan dengan izin Allah menerusi perubatan Islam.

KISAHNYA BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH

Sekalipun kisah ini hanya mungkin ramai yang sukar percaya, namun saya yakin ramai juga yang berkeyakinan atas kebenaran cerita beliau.

Anda boleh saksikan satu video di youtube dimana Allahyarham dalam satu ceramah menceritakan kisahnya bermimpi bertemu Rasulullah.

Sesiapa yang pernah mendengar atau menonton viseo ini, pasti akan tersentuh hati.

Wallahualam.

SEMUA TANAH DI MUKA BUMI INI ADALAH MILIK ALLAH

Saya boleh bayangkan sekiranya arwah dikebumikan di Malaysia, pasti keadaan sama seperti mana ketika allayarham Nik Aziz dahulu.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku. keluarga Allayarham untuk mengkebumikan arwah di Tanah Amerika dimana tempat beliau menghembus nafas terakhirnya.

Ia bagi menghormati permintaan allayarham itu sendiri.

Banyak pengajaran dan iktibar dari tindakan ini.

Antaranya ia mengajar kita bahawa di mana pun tanah di atas muka bumi ini, semuanya adalah sama. Semuanya adalah milik Allah.

Sekalipun ia di tanah bumi Amerika Syarikat. Tak usah kita mendabik dada mengatakan tanah kita lebih berkat dari tanah orang kafir di sana..

BERSATUNYA ORANG MALAYSIA

Tidak kira apa pun fahaman politik, bangsa, agama, semuanya senada dalam melahirkan takziah.

Negara seolah berkabung atas pemergian insan istimewa anugerah Allah pada rakyat Malaysia.

Kisah doktor Allahyarham yang bukan beragam Islam, turut sama menitiskan air mata sangat meruntun jiwa.

Saya harap dan betul-betul berharap agar akan ada momentum dalam penyatuan dikalangan orang Malaysia.

Sampai bila kita hanya mengharapkan pemergian atau kematian barulah hendak bersatu?

Mungkin dalam beberapa ketika lagi, semuanya akan kembali bercakaran dan bertengkar.

Doakan sahaja yang baik untuk Malaysia.

PERGINYA SEORANG LAGI ULAMA PADA HARI JUMAAT

Terdapat 2 persamaan antara allayarham haron Din dan allayarham Nik Aziz.

Pertama, kedua-duanya merupakan ulama yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Mereka menjadi tempat rujukan dan kekadang terpaksa menempuh pelbagai tohmahan dalam menegakkan ajaran Islam.

Satu hakikat yang masih ramai orang Islam tidak atau baru sedar.

Kedua, mereka meniggalkan dunia ini pada hari yang penuh barakah, iaitu hari Jumaat.

Tidak ada hari yang lebih baik melainkan meninggal pada hari Jumaat. Sebuah hadis meriwatkan bahawa mereka yang meninggal dunia pada Jumaat akan terlepas dari seksa kubur.

Semoga Allayarham ustaz Haron Din ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Persoalan yang tinggal untuk kita.

“Apa persiapan kita? sudah bersediakah kita? Untuk apa?

Persiapan untuk menghadap Allah SWT.”

 

 

MOHAMAD HAFIZ
Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *