5 JENIS PEWANGI KERETA YANG SAYA SUKA DAN ANDA PERLU CUBA

17c48463743876efa406b7969ffc0949

Saya  memang suka wangi. Apa-apa yang berkaitan dengan wangi-wangian akan membuatkan deria hidung saya menjadi lebih peka dan sensitif.

Pada saya, wangian itu memberi satu terapi yang baik untuk otak dan minda. Sebab itu, bila ada bau yang kurang menyenangkan, secara automatic kita akan memberi repond dan mimic muka yang lain macam.

Kecualilah jika anda jenis yang memang pelik dan sukakan bau busuk.

Antara tempat yang secara kebanyakkan diantara kita banyak luangkan masa dalam sehari ialah kereta.

Maka, pada artikel kali ini saya senaraikan 5 jenis pewangi yang pernah saya cuba dan saya suka.

Bagi yang mungkin masih tercari-cari mana jenis pewangi yang baik, artikel ini mungkin boleh menjadi petunjuk dan membantu memilih antara puluhan produk wangian dipasaran.

Ops, ini bukan iklan produk. Dan jika anda tidak bersetuju dengan jenis pewangi kereta yang saya suka, anda berhak untuk itu.

Belum cuba, belum tahu.

 #5  GLAD I LOVE YOU

glade-sport-ily-500x500

Pewangi ini merupakan antara pewangi pertama saya gunakan sejak diawal-awal memiliki kereta. Wanginya yang tajam dan manis memang membuat saya tertawan.

Harga berpatutan dan mudah diperolehi dipasaran.

Satu saja yang komplen. Ia agak tidak tahan lama dan wanginya akan semakin lama semakin hilang dalam jangka tidak sampai sebulan.

Selain itu, ia membuatkan pemanduan saya menjadi segar dan menyeronokkan.

#4 FARSCENT GREEN

m_1_ff4091gxe_1413964265

Bagi yang inginkan bau hijau, rasa hijau dan feel-feel hijau, maka anda saya syorkan cuba produk ini.

Ia memang memberikan rasa kesegaran dalam ruang kabin kereta anda.

Rekabentuk yang menarik memberi nilai tambah pada pemandangan dalaman kereta. Dan ia lebih tahan berbanding jenama Glad tadi.

Walaupun harganya mungkin agak sedikit mahal, namun ia merupakan pembelian yang pasti tidak mengecewakan.

#3 PERK GOLDEN VANILLA

5be5be7a-58ce-4fb5-a35b-ce1284612126

Jenama ini mungkin agak sukar kita jumpa di pasar-pasaraya. Saya membeli pewangi ini pun di stesen minyak Petronas.

Namun, bagi peminat bau wangian vanilla seperti saya, jenama pewangi kereta ini adalah jawapannya.

Tahan lama, rekabentuk unik dan slim, wangian vanilla yang jelas walaupun sedikit tajam. Kriteria tersebut cukup untuk saya memilih jenama ini dalam top 5.

#2  CARALL DOLLY KISS

1628

Produk Jepun ini memang agak rare kalau anda cari di pasaraya. Bagi yang tidak menjumpainya, anda boleh cari dan membeli secara online.

Menarik tentang jenama ini ialah wangiannya yang lembut dan sangat mendamaikan. Sukar saya explain bagaimana yang digambarkan sebagai damai melainkan anda mencubanya sendiri.

Selain wangi, ia agak tahan lama kerana diperbuat daripada gel bukannya cecair.

Walaupun harganya agak mahal berbanding produk lain, ia sangat berbaloi dan tidak rugi anda membeli dan mencubanya.

#1 MR &MRS FRAGANCE BLACK TEA

delyss-mr-mrs-fragrance-nikki-voiture-1

Jenama pewangi kereta ini mungkin lagi rare dipasaran berbanding jenama carall tadi. Tapi jangan risau, jika anda tidak jumpa di kedai-kedai berhampiran, ia ada dipasarkan di online.

Produk dari Italy ini memang terbaik.

Harum dan wangi serta tidak memeningkan kepala. Rekabentuknya unik dan memberikan imej dalaman kereta lebih menarik. Tahan lama dan mudah digunakan kerana ia bukan dalam bentuk cecair atau gel.

Point tersebut sudah cukup untuk anda juga perlu cuba.

Walaupun harganya antara yang termahal antara semua pewangi kereta yang saya listkan, tetapi  percayalah ia pembelian yang berbaloi dan anda pasti suka.

KESIMPULAN

Sebenarnya, banyak lagi jenama dan produk pewangi kereta yang baik dipasaran. Perkongsian Ini hanyalah sekadar apa yang saya pernah beli dan saya suka gunakannya.

Mungkin ia boleh sedikit sebanyak membantu anda untuk tidak lama pusing-pusing di pasaraya memilih mana produk yang mahu dibeli.

Mungkin anda sudah bosan dengan wangian sedia ada, maka tidak salah kita cuba sesuatu yang fresh.

Nasihat terakhir, sehebat mana dan semahal manapun pewangi kereta anda, ia tidak guna jika dalaman kereta tidak bersih dan anda jenis yang malas untuk membersihkan dalaman kereta.

Menjaga kebersihan itupun separuh daripada Iman kan.

 

MOHAMAD HAFIZ
SUKA BAU KERETA BARU

9 thoughts to “5 JENIS PEWANGI KERETA YANG SAYA SUKA DAN ANDA PERLU CUBA”

    1. Waalaikumsalam.. terima kasih atas informasi yang diberi. Saya telah mencuba jenama ini dan ia memang boleh memberi satu kepuasan dan pilihan bagi mereka yang gemarkan wangian.

  1. Kesimpulanya, I MR & MRS FRAGANCE BLACK TEA .Made in Italy lar yg paling puas hati kan..sbb haruman dr urope ni mejoriti rare…
    Tapi kena beli on9 lar kan…boleh share link kedai x…

  2. Hi nak tanya.. yg perk vent wrap vanilla tu blh dptkan kt petronas mana ya.. susah nk cri.. dulu kt aeon big ada.. skrg dh xde..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *