Skip to main content

6 MOMENT MENGERATKAN HUBUNGAN PASANGAN DI BULAN RAMADHAN

happy_ramadhan_by_sandz01-d422ecw

Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menikmati bulan penuh barakah bulan Ramadhan pada tahun ini.

Tidak semua mempunyai peluang untuk merasai Ramadhan. Mungkin ada dikalangan keluarga atau sahabat handai yang tidak berkesempatan menerima kunjungan Ramadhan.

Dalam kita meraikan bulan mulia dengan aktiviti dan amalan-amalan yang bermanfaat, mari kita hayati bahawa bulan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri dari lapar dahaga.

Bukan juga hanya untuk meramaikan masjid mendiriikan Tarawih. Bahkan ia jauh lebih daripada itu.

Bulan ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai bulan untuk pasangan meraih barakah dan kebaikan.

Ramai dikalangan masyarakat kita berpegang kepada kepercayaan bahawa apabila berpuasa, maka segala aktiviti yang melibatkan berpasangan juga perlu ikut ‘puasa’ sekali.

Pandangan sebegini seharusnya diubah dan diubah, kita kena berubah.

Tanpa perlu melanggar hukum puasa, bulan Ramadan ini boleh dijadikan tempat untuk mengeratkan hubungan pasangan khususnya suami dan isteri, serta ayah dan ibu.

Bagaimana?

Kita harus mencipta moment untuk diingati bersama pasangan. Tidak perlu baget yang tinggi.

Apa yang sangat diperlukan hanyalah kesanggupan anda untuk bersama mencipta moment tersebut.

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat sesuai mencipta moment yang boleh mengeratkan hubungan pasangan.

PERGI BAZAAR BERSAMA-SAMA

Tidak sah sebut bulan puasa sekiranya tidak kaitkan tentang bazaar Ramadhan. Ajak pasangan anda untuk bersama-sama membeli juadah berbuka puasa.

BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA

Doa ketika waktu hendak berbuka puasa adalah antara doa yang paling mustajab. Sambil ketika menanti untuk menikmati rezeki berbuka, berdoalah agar hubungan berkekalan hingga selamanya.

SOLAT TARAWIH BERSAMA-SAMA

Alangkah eloknya bila pasangan bersama-sama pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah tarawih. Solat Tarawih itu antara kebaikannya ialah melatih kita untuk menjadi manusia yang sabar.

SAHUR BERSAMA-SAMA

Air tangan seorang isteri adalah antara pengikat kasih sayang dalam sesuatu perhubungan. Hayati pengertian sahur yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan akan beroleh keberkatan yang melimpah-limpah.

MEMBELI-BELAH BERSAMA-SAMA

Tidak sah bercakap pasal bulan puasa sekiranya tidak menyentuh tentang membeli-belah untuk hari raya. Sekali sekala, bershoppinglah  bersama –sama. Dalam keadaan lapar dahaga, sejuk jugalah hati jika ada pasangan temankan.

BERSEDEKAH BERSAMA-SAMA

Ajak pasangan untuk sama-sama  memperbanyakkan bersedekah. Jika sebelum ini mungkin kurang, tambahkan aktiviti khusus pada bulan puasa. Bersedekah itupun ada banyak cara. Pilihlah mana yang bersesuaian.

Semoga dengan moment-moment ini  dapat meningkatkan kualiti hubungan antara pasangan khususnya bermula pada bulan puasa tahun ini.

Apa yang penting, sebelum memulakan 6 perkara di atas, fahami dahulu pengertian kemulian bulan Ramadhan yang sebenar.

Selamat berpuasa dan jadilah pasangan yang terbaik di bulan yang terbaik.

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *