JADILAH SEPERTI ULTRAMAN

ultraman_mebius_by_ekoyagami

JADILAH SEPERTI ULTRAMAN? Bagaimana nak jadi Ultraman??

Kali ini, saya mengajak anda untuk mengubah sedikit sudut pandang.

Sudut pandang yang saya maksudkan ialah melihat Ultraman dari sisi yang berbeza.

Ya, setiap dikalangan kita mempunyai pandangan dan perpektif yang berbeza. Sama halnya dengan melihat watak ultraman.

Jika melihat ultraman hanya dari mata hiburan, kita hanya akan dapat hiburannya. Itulah yang kebanyakkan anak kita dapat hari ini. Hiburan yang akhirnya akan melalaikan.

Tapi, ada banyak sisi lain yang boleh kita belajar dari cerita Ultraman. Jika, mengubah sudut pandangan kita.

Jom baca.

MENGAPA ULTRAMAN?

Ultraman ialah satu watak superhero yang saya minat sejak kecil. Bagi yang sezaman dengan saya, pasti anda juga mempunyai pengalaman seperti saya.

Saya ingat lagi waktu itu, hampir semua watak keturunan ultraman saya tahu. Dari bentuk rupa hinggalah nama ultraman. Semua ada dalam poket ingatan saya.

Antara part yang saya tak boleh lupa ialah apabila lampu kecil di tengah badan ultraman menyala. Begitu juga ketika gaya tangan ultraman mengeluarkan kuasanya.

Siapa tidak boleh lupa watak gergasi yang bengis yang entah datang dari planet mana, datang merosakkan bumi.

Itu dulu. Tapi, jika kita menonton cerita ultraman sekarang, rasa lucu pun ada melihat jalan cerita yang tidak logik dan kostum yang tidak berapa realistic.

Itulah antara perbezaan kaca mata seorang dewasa dan kanak kanak.

ULTRAMAN DAN KISAH SEORANG PEMUDA

Saya bawakan satu cerita mengenai kisah seorang pemuda untuk saya kaitkan dengan ultraman. Fahami cerita pendek ini untuk anda faham apa yang saya maksudkan dengan melihat dari sudut pandang berbeza.

“Ada seorang pemuda sedang dirundung masalah. Pemuda ini telah datang menjumpai seorang lelaki tua di hujung kampung untuk meminta nasihat.

Selesai menceritakan masalahnya, pemuda ini telah diminta oleh lelaki tua itu untuk mengambil segenggam kopi dan memasukkannya ke dalam segelas air kosong.

Apabila disuruh minum, pemuda itu tidak tahan akibat kepahitan.

Lalu, lelaki tua tadi meminta pemuda tersebut untuk mengambil sekali lagi segenggam tangan kopi.

Diminta campakkan kopi tersebut ke dalam sebuah telaga. Telaga itu digaul-gaul sehingga airnya berkocak.

Apabila disuruh minum, pemuda tersebut tidak merasa pahit seperti sebelum ini.”

PENGAJARAN DARI ULTRAMAN

Pengajaran besar dalam cerita pendek ini ialah mengubah cara pandang kita melihat masalah.

Bekas air dan telaga itu ialah hati kita. Manakala kopi itu saya umpamakan sebagai masalah.

Mari saya kaitkan pula dengan kisah ULTRAMAN. Musuh utama dalam cerita ULTRAMAN ialah raksasa bengis berwajah hodoh.

Makhluk raksasa ini saya ibaratkan seperti sebuah masalah.

Raksasa dalam kisah ULTRAMAN akan muncul dalam semua episod.  Begitu jugalah dengan masalah dalam kehidupan kita.

Masalah akan tetap hadir dalam hidup kita. Masalah tidak akan hilang dalam hidup kita sehinggalah kita meninggalkan kehidupan dunia ini.

Seorang ULTRAMAN tidak akan dapat menewaskan raksasa sekiranya tidak melakukan perubahan dalam diri.

Bagi mengatasi masalah raksasa itu, ULTRAMAN telah membesarkan dirinya mengikut saiz musuhnya.

Dihujung kisah ULTRAMAN, pasti yang akan tumpas adalah Raksasa itu tadi.

Sebab itu, mengapa saya katakan pada awal artikel ini agar kita menjadi seperti ULTRAMAN.

Lihat apa ULTRAMAN lakukan apabila raksasa datang menimbulkan kekecohan. Ya..ULTRAMAN akan membesarkan dirinya sama seperti raksasa.

ULTRAMAN akan tumpas dengan mudah sekiranya ia kekal dengan bentuk asalnya.

Apabila kita membesarkan hati dan diri, bukan untuk menjadi sombong, kita akan melihat masalah yang hadir dalam hidup kita sebagai satu ujian.

Masalah tidak akan hadir melebihi kemampuan kita mengatasinya. Itu pasti.

Apapun masalah akan dapat kita atasi sekiranya kita dapat ‘membesarkan’ diri kita untuk menuju penyelesaian sesuatu masalah.

Perlu anda ingat, ULTRAMAN tidak terus membesarkan dirinya selepas masalah selesai.

ULTRAMAN juga tidak pernah mendedahkan identitinya.

ULTRAMAN kembali menjadi normal seperti sediakala.

Stay humble.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *