5 PANDUAN LANGKAH BERHADAPAN DENGAN ORANG TOKSIK

Siapa itu orang toksik? Dalam bahasa mudah, toksik adalah racun. Orang yang mempunyai sifat toksik ini ialah orang yang suka memiliki kelakuan negatif, menyusahkan dan merugikan orang lain.

Sebab itu mengapa ia dikaitkan dengan sifat racun.

Dalam kehidupan kita, mungkin ada berhadapan dengan golongan toksik ini. Samada dikalangan rakan sekerja, pemimpin kita, keluarga, jiran, atau kenalan.

Jadi bagaimana berhadapan dengan orang toksik? Kali ini saya kongsikan 5 tips agar kita dapat dijadikan sebagai panduan bersama.

DIAM

Diam adalah antara langkah pertama bila berhadapan dengan golongan ini. Jangan lepaskan kemarahan dan ketidak puashatian.

Diam bukan tanda anda mengalah. Tetapi, dengan diam ia dapat membuatkan hati tenang.

Hanya bila tenang, kita dapat berfikir dengan waras dan tidak mengikut rentak orang yang berfikiran toksik.

SABAR, JANGAN BALAS

Langkah seterusnya ialah jangan membalas atau memberi respon terhadap apa juga tindakan dan provokasi daripada mereka.

Golongan ini adalah mereka yang sukar untuk mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri. Bersabar dan jangan memberi tindakbalas.

Jika anda terikut dengan tindakan mereka, risau nanti anda juga akan terjerumus dalam dunia toksik mereka.

Biarkan isu atau perkara itu reda seketika.

JARAKKAN DIRI

Mulalah menjarakkan diri dengan mereka. Sekiranya anda satu tempat kerja, minta kepada majikan untuk tidak diberikan tugasan bersama.

Bukan mahu menyombongkan diri. Tapi mengelak adalah tindakan terbaik.

Belajarlah untuk tetapkan batasan dan bezakan antara peribadi dan kerja.

FOKUS PADA DIRI

Jika tidak dapat menghindarkan diri daripada persekitaran toksik, fokus kepada diri sendiri sahaja. Fokus kepada kerja anda. Buat yang terbaik pada tugasan dan rakan-rakan disekeliling.

Kita tidak dapat mengawal semua perkara, apa yang kita dapat kawal adalah diri kita sendiri.

Tidak perlu menghabiskan masa memikirkan orang yang toksik. Biarkanlah dia atau mereka dengan dunia mereka.

Banyak lagi perkara baik dan indah yang boleh kita lakukan dan fikirkan.

DOA

Setelah segala usaha yang kita lakukan, jangan pernah lupa untuk berdoa kepada Allah.

Mohonlah yang terbaik daripada-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin ada jalan yang ingin ditunjukkan kepada kita.

Teruskan berdoa dan istiqamah dalam melakukan perkara-perkara yang baik.

KESIMPULAN

Memang tidak mudah untuk keluar daripada persekitaran toksik. Tapi dengan langkah dan panduan yang dikongsikan, sekurang-kurangnya dapat memberikan kekuatan kepada anda.

Sayangilah diri kita sendiri, keluarga dan orang-orang yang menyayangi kita.

Bergaul dengan suasana yang mempunyai vibe positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *