PERFUME AFNAN 9PM : UNTUK SANG PENCINTA WANITA

AFNAN 9PM

AFNAN 9PM. Semenjak kebelakangan ini, semakin rancak permintaan dan penjualan perfume dupe dari dubai atau UAE, terutamanya menerusi tik tok shop.

Antara sebabnya ialah kualiti yang mantap, dengan harga yang marhaen.

Anda tak perlu keluarkan ratusan dan ribuan ringgit untuk dapatkan wangian daripada jenama terkenal. Cukup dengan klon atau dupe yang wanginya menghampiri wangian original.

Saya baru-baru ini turut terjebak membeli salah satu perfume yang mendapat perhatian yang sangat tinggi, iaitu Afnan 9PM. Jom baca review jujur saya setelah sebulan menggunakannya.

HARGA BAWAH RM200

Untuk perfume Afnan 9PM, range harga adalah sekitar RM170 ke RM200. Bergantung kepada seller atau shop yang menjual.

Jika anda membeli menerusi tik tok, anda mungkin dapat dengan harga yang sedikit murah jika membeli semasa live dan mempunyai bauncer diskaun.

Untuk 100ml EDP, pada harga bawah RM200, memang padu.

RATE : 5 / 5

PACKAGING

Saya agak terkejut dengan kualiti botolnya. Ianya diperbuat daripada kaca yang berat dan tidak nampak murah.

Penutupnya juga berat dan solid. Tidak longgar.

Cuma, kotaknya agak simple jika dibandingkan dengan beberapa jenama perfume lain dari tanah Arab. Tapi, overall semuanya ok.

RATE : 4 / 5

WANGI

Saya tak perlu nak explain untuk wangian untuk setiap notesnya. Cukup saya katakan ianya manis dan syahdu.

Makin banyak anda spray, makin terserlah kemanisan dan kesyahduannya. Orang disekeliling pasti akan merasai bauan wangian Afnan 9PM.

Untuk saya secara peribadi, memang sukakan wangian seperti ini.

RATE : 4.5 / 5

KETAHANAN

Kebanyakan seller akan claim bau tahan sehingga 8 jam. Saya dengan excitednya tak sabar untuk mencuba perfume ini.

Jika anda spray 2 kali di baju, wanginya hanya akan terasa sekitar 2 hingga 3 jam. Selepas itu makin hilang dari radar.

Saya perlu spray lebih dari 5 kali untuk memastikan ia bertahan hingga 8 jam. Cuma bila dah banyak spray, untuk jam-jam yang awal, memang baunya kuat.

Mungkin akan mengakibatkan ada orang disekeliling kurang senang dengan bau manisnya.

Dari projectionnya, memang padu.

RATE : 3 / 5

KESIMPULAN

Selepas sebulan menggunakan Afnan 9PM, saya bersetuju dengan pendapat kebanyakan seller yang menyatakan perfume ini memang playboy.

Sesuai untuk yang mahukan attention dan menarik perhatian para wanita di luar sana.

Boleh digunakan sebagai kegunaan harian, indoor dan outdoor.

Berbaloi?

Pada harga dan wangi seperti ini, satu pembelian perfume yang sangat berbaloi.

RATE KESELURUHAN : 4.12 / 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *