5 PERKARA SEBELUM MEMBELI RUMAH LELONG

5 PERKARA SEBELUM MEMBELI RUMAH LELONG

Pernah membeli rumah lelong? Apa perbezaan dengan membeli rumah baru atau sub sale?

Kali ini saya menulis tentang apa yang perlu anda buat sebelum membeli rumah yang dilelong.

Mereka yang berminat untuk membeli harus membida dan pembida denga harga yang tertinggi akan menang dalam lelongan itu.

Rumah ini biasanya dilelong atas beberapa faktor. Biasanya, kerana pemilik asal tidak dapat membayar hutang bank.

Berminat untuk membeli? Bagaimana nak mula?

Berikut ialah 5 perkara yang perlu anda tahu. Jom baca.

CARI RUMAH LELONG

Perkara pertama sekali ialah mencari dimana rumah yang hendak dilelong. Ada beberapa cara untuk tahu dimana rumah yang hendak dilelong.

Anda boleh cari di Google. Contohnya, di kawasan Shah Alam. Hanya perlu taip ‘rumah lelong Shah Alam’.

Anda juga boleh terus cari di laman web yang menjual rumah lelong. Contoh website yang anda boleh buka ialah zonlelong.com.

Boleh juga cari di laman sosial seperti Facebook. Atau mencari sendiri ejen hartanah.

PERIKSA RUMAH LELONG

Bila sudah kenalpasti rumah yang ingin dibida, lawat sendiri rumah tersebut.

Ada beberapa keadaan biasanya berlaku terhadap rumah lelong. Mungkin rumah tersebut sudah lama terbiar dan tiada penghuni.

Ada rumah yang berada dalam keadaan teruk dan memerlukan pembaikan yang banyak.

Terdapat juga rumah yang mempunyai penyewa. Untuk kes ini, jika anda menang lelong, tugas anda juga ialah meminta penyewa keluar dari rumah.

Namun, terdapat juka rumah yang berada dalam keadaan yang baik. Satu bonus untuk anda jika menang lelong.

Pastikan juga anda berpuashati dengan lokasi dan persekitaran rumah.

Periksa juga hal-hal penting berkaitan rumah seperti cukai, bil-bil tertunggak, dan status menduduki (O.C).

SEDIAKAN WANG PENDAHULUAN

Untuk memasuki proses lelongan, anda kena menyediakan sejumlah wang pendahuluan.

Biasanya, 10% dari harga permulaan lelong. Wang ini biasanya disediakan dalam bentuk bank draft.

Jika anda kalah dalam proses lelong, wang pendahuluan ini akan dikembalikan serta merta.

So, penting untuk anda mempunyai kewangan yang kuat untuk membeli rumah jenis ini.

PERIKSA KELAYAKAN PINJAMAN

Periksa status kelayakan pinjaman perumahan anda di bank yang anda pilih.

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak bank, anda kena tahu berapa limit maksimum untuk pinjaman.

Ini akan menjadi harga siling yang anda boleh bida dalam proses lelongan itu nanti.

Ingat, jangan sesekali membida melebihi kelayakan pinjaman yang anda mampu.

Apabila anda menang, anda hanya diberi tempoh selama 60 – 90 hari, bergantung kepada kondisi, untuk selesaikan urusan pinjaman.
Jika lebih, anda terpaksa membayar penalti.

SELAMAT MEMBIDA RUMAH LELONG

Pada hari sebelum membida rumah, pastikan ada mendapat tidur dan rehat yang cukup.

Tenangkan fikiran dan tidak stress.

Pastikan penampilan yang meyakinkan. Suara biar lantang dalam proses itu.

Paling penting sekali, jangan terlalu mengharap untuk menang rumah lelong.

Anda sudah berusaha yang terbaik.

Menang atau kalah, itulah takdir yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *