5 PERKARA TENTANG PDPR YANG SAYA TIDAK SUKA

pdpr : apa yang saya tidak suka

PDPR datang lagi. 14 Jun ini, bermulalah sesi pembelajaran di rumah untuk tempoh yang tidak pasti.

Jika PDPR 1.0 rakyat Malaysia mungkin agak kebaruan, belum bersedia dan keliru, kali ini situasinya mungkin sedikit berbeza.

Murid dan guru sudah biasa dengan PDPR dan tahu menggunakan platform online seperti Google Meet, whatapp, youtube dan sebagainya.

Dalam musim pandemik ini, PDPR adalah satu-satunya pilihan yang kita ada untuk memastikan pembelajaran anak-anak terus berlangsung.

Dan seperti kita tahu juga, penerimaan masyarakat terhadap PDPR ini bercampur-campur.

Kali ini, saya huraikan apa yang saya tidak suka tentang PDPR.

TIDAK SEMUA MENDAPAT AKSES UNTUK PDPR

Masyarakat kena mengakui bahawa PDPR mendedahkan kita tentang satu realiti. Jurang digital yang besar antara bandar dan luar bandar.

Sudah masuk tahun 2021, tidak semua kawasan mendapat liputan internet yang baik. Khususnya, di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Malah, ada juga kawasan di semenanjung mendapat nasib yang sama.

Jangankan internet, malah masih banyak kawasan yang belum mendapat bekalan eletrik yang sempurna.
Ini akhirnya membawa kepada isu keciciran pendidikan dikalangan anak-anak.

Benar, PDPR juga boleh menggunakan kaedah menyediakan modul dan dijawab di rumah. Tetapi, ia lebih berisiko terkena jangkitan berbanding secara digital.

Saya berdoa, agar kemudahan digital ini dapat diperluaskan di setiap pelusuk negara, demi kemudahan anak-anak kita.

MASALAH PERANTI

PDPR juga mendedahkan kita kepada satu lagi isu yang besar, iaitu masalah ketiadaan peranti seperti laptop,tab atau smartphone.

Masih ramai yang tiada kemampuan untuk memilikinya. Sedih tapi itulah hakikatnya. Bukan semua orang itu berkemampuan.

Negara yang kita sangka sudah mencapai negara maju 2020 ini, tapi rakyat tiada semua mampu memiliki kemudahan tersebut.

Pujian harus saya berikan kepada pihak-pihak yang telah mendermakan kemudahan peranti kepada golongan yang memerlukan.

Begitu juga kerajaan juga sudah mengumumkan banyak inisiatif untuk mengatasi isu ini.

Tapi, isunya tetap wujud dan akan terus wujud jika tiada tindakan yang benar-benar solid.

MASALAH KETAGIHAN SMARTPHONE

Dari satu sudut, PDPR sebenarnya masih mampu menyampaikan pembelajaran dengan baik, walaupun tidak seoptimum seperti di kelas.

Namun, ia hadir dengan kesan lain. Iaitu ketagihan menggunakan peranti dikalangan kanak-kanak.

Kebanyakan ibubapa yang berkemampuan, akan membelikan smartphone untuk anak mereka. Kesannya jika tidak dikawal, anak akan terdedah kepada bermacam-macam yang terdapat di internet.

Antaranya game online , chatting dan youtube. Akan wujudlah masalah ketagihan telefon yang membawa risiko kesan negatif dikalangan anak-anak.

PUJI KOMITMEN IBUBAPA

Disebalik apa yang saya tidak suka, PDPR juga sebenarnya memerlukan komitmen ibubapa untuk menjadi pemudah cara atau ‘guru’ di rumah.

Walaupun ada dikalangan ibubapa yang jenis tidak ambil endah, tapi saya harus memuji sebilangan besar ibubapa yang memikul satu tugas besar mendidik anak.

Ada yang siap dengan rotan ‘mengertak’ anak mereka menyiapkan kerja sekolah. Ada juga yang duduk ‘belajar’ bersama-sama dengan anak-anak.

Kesedaran sebeginilah yang harus disebar luaskan supaya masyarakat tahu bahawa PDPR, hanya akan berjaya jika mendapat sokongan penuh daripada ibubapa.

TABIK DENGAN GURU

Tidak lengkap bercerita pasal PDPR jika tidak menyentuh tentang guru.

Guru bukan sahaja berhadapan dengan kerenah anak murid semasa PDPR, tetapi juga kekangan untuk menyediakan bahan untuk mengajar.

Itu belum cerita tentang isu golongan guru yang dikecam dengan pelbagai tuduhan, khususnya di media sosial.

Jika anda masih ingat, pernah viral satu ketika dahulu ada nitizen yang meminta guru untuk bersama polis menjaga SJR. Kesian.

Realitinya, tidak sedikit bilangan guru yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk memastikan pembelajaran dapat disampaikan dengan sebaiknya.

Ada guru yang terpaksa membeli peranti baru. Ada juga guru yang terpaksa belajar sendiri untuk meningkatkan kefahaman ict.

Ada guru yang membina studio sendiri untuk menyampaikan pengajaran. Malah, ramai guru-guru yang sudah menjadi youtuber atau content creator, disebabkan PDPR.

Saya doakan agar semua guru di Malaysia diberikan kekuatan dan kemudahan untuk terus menyampaikan ilmu walau dimanapun mereka berada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *