5 PERKARA PENGANTIN BARU KENA AMBIL TAHU

5 perkara pengantin baru kena ambil tahu


Pengalaman menjadi pengantin baru adalah antara perkara paling manis dalam kehidupan. Siapa yang boleh melupakan saat dimana seorang kadi melafazkan “aku nikahkan dikau dengan…”

Dan dibalas dengan “aku terima nikahnya..”

Namun, kesemua pengalaman ini sebenarnya hanyalah satu cebis kisah dalam permulaan untuk menjadi pasangan suami dan isteri.

Perkahwinan hanyalah satu bab dalam banyak bab kehidupan berpasangan.

Dalam kenikmatan hidup bersama, banyak ranjau dan duri yang bakal muncul. Jika tidak bersedia, risau nanti ujian yang hadir itu bakal menjadi malapetaka.

Saya kongsikan 5 perkara yang perlu diambil tahu oleh setiap pengantin baru.

PENGURUSAN KEWANGAN

Betul, duit bukan segala-galanya dalam hidup. Tapi, hidup ini perlukan duit untuk diteruskan.

Jangan pandang sebelah mata tentang hal berkaitan pengurusan kewangan dalam rumah tangga.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa antara punca utama berlakunya perceraian khususnya dikalangan pasangan muda masa kini ialah berkait dengan kewangan.

Pastikan, rancang segala perbelanjaan dengan teliti dan berhemah. Utamakan keperluan terlebih dahulu. Kehendak yang tidak mendesak kesampingkan dahulu.

Insyaallah, kehidupan sebagai pasangan akan lebih teratur.


RUMAH

Dalam kita mengatur kewangan, pastikan membeli rumah menjadi perkara utama dalam perancangan.

Sekurang-kurang jika masih belum mampu memiliki rumah, ada usaha dan perancangan ke arah itu.

Mengapa saya tekankan soal rumah? Sebab rumah adalah syurga untuk pasangan suami isteri. Rumah adalah segala-galanya.

Memiliki rumah sendiri sebenarnya berbeza dengan menyewa rumah sewa, apatah lagi jika tinggal di rumah orang tua.
Dengan harga rumah yang semakin meningkat naik setiap tahun, saya sangat syorkan untuk pengantin baru memiliki rumah sendiri, secepat yang boleh.

Kumpul duit dan menabung la bagi yang masih belum mampu. Bermula sekarang.


HONEYMOON

Honeymoon atau berbulan madu adalah perkara ‘wajib’ kebanyakan pasangan pengantin baru.

Ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan halal yang baru terjalin. Malah dapat meninggal satu kenangan manis yang menjadi memori di kemudian hari.

Pilih la satu lokasi yang dirasakan sesuai. Mengikut citarasa dan kemampuan.

Cuma kalau boleh, jadikan honeymoon ini satu budaya. Tidak seminggu, sebulan atau setahun sekali.

Biarkan memori manis itu terus segar dan bercambah dalam ingatan hidup berpasangan.

KERETA

Kereta / kenderaan adalah satu keperluan yang penting dalam rumah tangga.

Belilah kereta mengikut kemampuan dan keperluan. Jika tidak mampu beli kereta, mungkin boleh beli motosikal.

Cuma satu nasihat saya. Jangan membeli kereta diluar kemampuan atau terlalu mahal kerana ia akhirnya akan membawa kepada masalah kewangan di kemudian hari.

KENALI KELUARGA PASANGAN

Tak kenal maka tak cinta. Mengenali keluarga pasangan secara lebih dekat juga perlu diambil kira.

Jika sebelum berkahwin, mungkin hanya mengenali bakal ibu dan bapa mentua sahaja. Namun berbeza selepas berumah tangga.

Keluarga pasangan bukan hanya melibatkan mertua, tetapi juga ipar duai, biras, sepupu sepapat dan sebagainya.

Ini penting agar kita dapat menyesuaikan diri berada dalam suasana persekitaran yang baru. Paling mustahak, jadilah diri sendiri.

Jangan menjadi seorang yang hipokrit yang penuh dengan kepura-puraan.

Nasihat ikhlas saya kepada pengantin baru, banyakkan bersabar dalam menempuhi segala cabaran. Enjoy the moment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *