HILLARY CLINTON DAN DONALD TRUMP : SIAPA YANG ANDA PILIH DAN SIAPA YANG AKAN MENANG

bc09dc5b94b7c8a2641ed0b1b6803544

Tanggal 8 November 2016 merupakan tarikh keramat warga Amerika. Pada tarikh ini, mereka akan menentukan siapa yang bakal duduk di White House.

Maka, semakin menuju ke hari pengundian, kempen demi kempen sedang diusung ke merata tanah di Amerika.

Perlu kita faham bahawa pemilihan presiden di Amerika melibatkan banyak calon dari pelbagai parti. Namun hanya 2 tokoh sahaja yang sering yang menjadi tumpuan media di seantero dunia. Mereka ialah Trump dan Clinton.

Dan perlu juga kita memahami hakikat dibelakang tabir siapa yang menguasai media-media perdana di Amerika. Mereka adalah terdiri daripada golongan yang menganut fahaman kapitalis dan dikalangan pelobi-pelobi yahudi zionis.

Apa kaitan dengan Malaysia? Mengapa anda perlu mengambil tahu siapa yang bakal menjadi presiden di negara Uncle Sam ini?

Untuk menjawab persoalan ini, anda juga harus sedar bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem ekonomi bebas fahaman kapitalis.

Maka, apa-apa dasar yang diputuskan oleh Amerika selaku pengemudi kapitalis dunia, ia pasti akan terkait dan terkena dengan Malaysia.

PERSAMAAN CLINTON DAN OBAMA

Apa yang ingin saya kongsikan ialah persamaan antara Clinton dan Obama. Ya, mereka datang dari parti yang sama iaitu Parti Demokrat.

Namun, persamaan mereka lebih tersirat daripada itu.

Mungkin ia akan membuka mata kita tentang bagaimana golongan pemodal kapitalis dan pelobi zionis ini menjalankan modus operandi mereka.

Ketika Barrack Obama diangkat menjadi presiden Amerika pertama dari kaum kulit hitam, beliau diibaratkan sebagai simbol perpaduan antara rakyat Amerika.

Ia bertentangan dengan sikap pemerintahaan presiden sebelum itu iaitu Bush.

Obama dilihat memberi sinar harapan kepada dunia. Kepetahannya berpidato serta sikap bertoleransi menjadi asset penting dalam mengikat sokongan rakyat Amerika dan dunia.

Setelah hampir 2 penggal pemerintahan, semuanya seolah sudah ditulis dalam skrip sebuah filem. Dunia semakin kacau bilau. Peperangan di Syria berlaku mengakibatkan ratusan ribu manusia kehilangan nyawa.

Keadaan di Timur Tengah juga semakin tidak stabil dengan kelahiran kumpulan-kumpulan ekstrim agama yang mendorong berlakunya keganasan.

Muncullah pertubuhan ekstrimis seperti ISIS dan DAESH.

Mari kita kaitkan persamaan dengan Hillary Clinton.

Sikap keibuan dan kelembutannya merupakan aset paling berharga dalam mendapat sokongan rakyat Amerika.

Terkenal dengan watak yang berdiplomasi. Imej yang tidak ‘ganas’ dan seolah-olah membawa symbol keamanan, berbeza dengan pencabarnya, Donald Trump.

Watak dan perwatakan ini hampir sama skripnya dengan Obama.

Dan yang pasti, dasar-dasar luar yang dipelopori oleh Obama pasti akan disambung dan diteruskan sekiranya beliau terpilih menjadi presiden.

Tidak mustahil isu di Syria akan berpanjangan. Timur tengah akan terus berpecah. Dan tidak menjadi satu kemustahilan sekiranya rantau Asia Tenggara akan turut bergocak dengan isu kepualaun Spratly.

BAGAIMANA PULA DENGAN DONALD TRUMP

Semua orang kenal siapa beliau. Wataknya yang bengis dan garang mungkin membuatkan rakyat Malaysia kurang menggemari keperibadiannya.

Moto beliau jelas ingin membakar semangat orang Amerika untuk bangga menjadi orang Amerika. Dengan kelantangan dan keberaniannya, membuatkan orang Amerika percaya beliau adalah orangnya yang membawa Amerika kembali menjadi Amerika.

Mungkin makcik-makcik atau pakcik-pakcik di kampung kurang meminati sikapnya yang seperti kaki perang dan ego, tidak seperti imej Hillary Clinton.

Namun, mari kita lihat apa pembaharuan besar yang ingin beliau lakukan. Trump dengan jelas menyatakan bahawa beliau sedia  bekerjasama dengan China dan Rusia sekiranya terpilih menjadi presiden.

Beberapa dasar beliau sedia ubah, yang jelas  semuanya bertentangan dengan hala tuju pemodal zionis dan kapitalis.

Sekiranya China dan Rusia bekerjasama dengan Amerika, kemungkinan berlakunya peperangan akan berkurang.

Industri senjata akan mengalami kesan. Ini juga akan menganggu para pemodal dan pemain industri persenjataan.

SIAPA YANG  SAYA PILIH?

Sekiranya saya melihat kepada point-point di atas, saya akan memilih Donald Trump. Bukan kerana dia Trump. Tetapi ingin melihat bagaimana beliau berhadapan dengan kuasa kapitalis ini.

SIAPA YANG AKAN MENANG?

Saya bukannya pakar tilik. Tetapi jika kita boleh membaca dunia politik Amerika, maka anda boleh agak siapa yang akan mendapat tempat di White House.

Golongan-golongan pemodal, yahudi zionis dan seangkatan dengannya akan memastikan calon yang mengikut telunjuk mereka yang menduduki White House.

Sokongan boleh berubah di saat akhir. Strategi juga mungkin akan berubah mengikut situasi.

Buat masa ini, sekiranya anda mengikuti berita baik di online mahupun di televisyen, sokongan seolah-olah terarah kepada Hillary Clinton.

Di saat-sata saya menulis ini, Donald Trump kelihatan sudah mula menjadi lebih agresif dan dilihat seperti tidak berkemampuan untuk menang dalam pemilihan kali ini.

Bahkan beliau sudah membuat kenyataan bahawa ada dikalangan ahli Republikan yang berpaling arah dalam memberi sokongan.

APAKAH TANDA KEPADA HAKIKAT KEADAAN INI?

Hasil analsisi ini, Hillary Clinton akan menang dan menjadi Presiden Amerika.  Donald Trump akan kecundang bersama-sama dengan moto dan manifestonya.

Sekiranya ini benar berlaku, sekiranya kemenangan berlaku disebabkan oleh perkara yang saya terangkan tadi, maka tidak mustahil ia juga boleh berlaku di negara kita.

Tetapi, jika Trump yang menang, ada sesuatu yang menuntut kita untuk membaca lebih tersirat permainan pentas pemodal kapitalis dan seanggatannya.

Buka mata. Buka minta. Buka hati.

Sekian.

 

MOHAMAD HAFIZ
BUKAN SEKADAR OMONG-OMONG KOSONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *