SYRIA DAN PALESTIN : APA YANG PERLU SAYA BUAT

0a1a1e7cb14b301f2cf38fb26df69065

Bila saya sebut tempat iaitu Syria dan Palestin, apa yang pertama sekali bermain di fikiran kita pada masa ini?

PERANG . KEMUSNAHAN . KEHANCURAN.

Itu yang saya yakin ada di fikiran anda kerana saya pun begitu.

Mengapakah jawapan kita sama?

Kerana memang itulah yang benar-benar terjadi. Maksudnya kita TAHU. At least kita FAHAM apa yang sedang dilalui oleh masyarakat Islam di sana.

Faham saja tidak cukup. Sebagai umat yang prihatin dan bertanggungjawab, perlu ada dalam hati kecil kita ini perasaan ingin membuat sesuatu untuk tujuan membantu permasalahan umat.

TAPI BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU?

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang berbesar hati telah memberi bantuan dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menderma pakaian. Ada yang menderma ubatan.

Ada yang membantu dengan sedekah dalam bentuk kewangan. Sanggup mencari kumpulan-kumpulan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Ada juga yang membawa sendiri wang bantuan ke sana.

Bahkan ada yang sanggup menjadi sukarelawan ke sana.

Kisah ini mungkin tidak berapa dihebahkan di mana-mana media. Tapi yakinlah bahawa memang cerita ini benar.

Kita doakan agar mereka yang membantu ini terus mendapat rahmat Allah.

Apa yang merisaukan saya ialah sikap tidak ambil peduli dikalangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam terhadap isu besar ini.

Bahkan ramai sebenarnya yang tak berapa nak faham dan tak nak faham tentang pergolakan di sana.

Mungkin himpunan alasan-alasan di bawah dapat menggambarkan keadaan tersebut:

“OHH..TAK APA JAUH DARI MALAYSIA. YANG PENTING NEGARA KITA MASIH AMAN”

“MASALAH SAYA PUN TAK SELESAI. INIKAN PULA MEMIKIRKAN MASALAH DI SANA”

“SAYA DAH BOIKOT MCD. SEMUA INI ANGKARA YAHUDI”

“ITU URUSAN NEGARA MEREKA. JANGAN LAH KITA MASUK CAMPUR”

KEGAGALAN kita memahami isu ini menyebabkan kita tidak dapat mencari iktibar yang tersirat menerusi pergolakkan di dua buah negara ini.

Akhirnya, mudah bagi MUSUH-MUSUH ISLAM untuk melancarkan propaganda untuk terus memburukkan Islam dan memijak kedaulatan negara Islam.

Contoh paling jelas yang saya boleh bagi ialah ISIS dan DAESH.

Mengapa pengaruh 2 militan ini berkembang dengan pesatnya? Salah satu sebabnya adalah seperti yang saya katakan tadi.

Ramai dikalangan dikalangan Umat Islam terutamanya di rantau ini yang terlibat secara lansung dengan pertubuhan ini terpengaruh akibat tidak faham apa sebenarnya berlaku.

ISIS dan DAESH ni pun mungkin orang tak mahu ambil tahu sangat.

APA YANG SAYA PERLU BUAT?

Saya ingin fokuskan bahawa 2 tempat keramat ini sedang berada dalam perancangan rapi MUSUH ISLAM yang tentunya mempunyai agenda tertentu.

SIAPA MUSUH ISLAM? JANGAN TERUS MENUDING JARI KEPADA ORANG KRISTIAN  ATAU  YAHUDI. BUKAN SEMUA DIKALANGAN MEREKA MEMUSUHI ISLAM. BAHKAN ADA DIKALANGAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI YANG MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT, SAMADA SEDAR ATAU TAK SEDAR

Mari kita pandang dari sudut yang berbeza dalam mencari iktibar.

ADA 2 benda yang perlu kita lakukan.

PERTAMA, Kuatkan keimanan kita dengan mempercayai bahawa apa yang berlaku di Syria dan Palestin ini adalah janji Allah.

Nabi Muhammad SAW sudah menerangkan dalam  banyak hadis Baginda yang jelas memberitahu bahawa peristiwa akhir zaman akan berlaku melibatkan 2 tempat ini.

Baginda sudah memberitahu kita sejak lebih seribu tahun lalu. Nabi Isa akan diturunkan di Syria.

Imam Mahdi juga akan berada di sana. Pertempuran dengan Dajjal juga akan berlaku di sana.

KEDUA, Perbaiki amalan kita.

Jika sebelum ini solat kita tak berapa berkualiti, jom tingkatkannya.

Jika sebelum ini jarang bersedekah atau berwakaf, jom jadikan ia satu amalan dengan memulakannya hari ini.

Benteng diri kita, keluarga, masyarakat dan umat Islam dengan memperkukuhkan ilmu dan pengetahuan.

Semua yang berlaku itu pasti akan datang kesannya ke tanah air kita.

Sesiapa yang boleh janji bahawa negara kita akan aman selamanya? Anda lihat hari ini disekeliling kehidupan kita. Andakah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan?

 

MOHAMAD HAFIZ
Berdoa untuk semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *