KEENAKAN KOPI SUPER ESSENSO (REVIEW)

KEENAKAN KOPI SUPER ESSENSO (REVIEW)

Minat terhadap kopi membuatkan saya banyak mencuba pelbagai jenis kopi di pasaran. Kali ini saya ingin menulis tentang satu jenama produk kopi segera iaitu Kopi Super Essenso.

Mengapa kopi super essenso?

Ada sesuatu yang menarik tentang kopi ini.

Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya jelaskan satu perkara.

Jangan bandingkan rasa antara kopi segera dan kopi asli. Kopi asli tetap memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Tetapi, hidup ini adalah tentang sebuah pilihan. Untuk itu, kopi super essenso, adalah pilihan yang berbaloi untuk anda. Jom baca.

PACKAGING KOPI SUPER ESSENSO YANG MENARIK

Kita selalu dengar peribahasa don’t judge book by its cover. Tetapi, bungkusan yang menarik sangat penting dalam marketing.

Sebab pertama saya membeli kopi ini adalah kerana tertarik dengan packaging dan rekabentuk bungkusannya. Kelihatan premium dan berkualiti.

Menarik tentang  produk ini juga ialah ia mengandungi 8 packet kecil kopi di dalamnya. Mudah untuk dibawa. Sangat praktikal.

Sesuai untuk orang seperti saya yang kerap mencuba pelbagai jenis kopi dan suka melancong.

HARGA KOPI SUPER ESSENSO YANG BERPATUTAN

Harganya tidaklah terlalu mahal dan tidak jugalah murah. Berpatutan dan masih mampu milik.

Dengan harga yang ditawarkan, anda dapat merasai satu produk kopi yang berkualiti.

Jika dibandingkan dengan produk pesaing lain dipasaran, kopi ini tetap menjanjikan satu pembelian yang berbaloi dengan harga dan rasa.

KANDUNGAN KOPI ARABICA 100%

Satu lagi aspek yang menarik mengenai kopi ini ialah kandungan kopi Arabica ialah 100 peratus (seperti yang diclaim).

Bagi penggemar kopi, kandungan arabica itu adalah antara yang terbaik. Ia menjanjikan rasa kopi yang premium yang biasanya hanya boleh dirasa pada kopi-kopi mahal.

Jadi, ia menambah lagi elemen tarikan terhadap produk ini.

RASA KOPI YANG TERBAIK

Bila bercerita mengenai keenakan dan kepekatan rasa, produk ini tidak mengecewakan.

Kepahitan kopi dapat dirasai. Rasa manisnya juga tidak melebihi struktur rasa keseluruhannya. Maka ia satu kombinasi rasa yang sangat baik.

Kandungan berat satu packet ialah 25g. Ia tidaklah pekat jika dibandingkan dengan produk kopi segera yang lain khususnya kopi jenis white coffe.

AROMA KOPI SUPER ESSENSO YANG MEMIKAT

Aroma kopi ini memang pekat, padu dan memikat. Aroma inilah yang membuatkan saya terus jatuh cinta dengan kopi ini.

Inilah perkataan yang boleh menggambarkan aroma kopi super essenso.

Aromanya memang boleh mengundang ketagihan si penggemar kopi.

Boleh terhidu satu bilik bila dihidangkan dalam air cawan yang panas.

KESIMPULAN

Jika diberi bintang, saya bagi 4.5 daripada 5 bintang. Satu pembelian yang berbaloi. Paket yang menarik.

Rasa yang memikat dan melekat dihujung lidah. Rasa yang tidak terlalu ekstrem untuk satu produk kopi segera.

Cuma nasihat saya ialah berpada dalam pengambilannya. Hakikatnya ia tetap sebuah produk kopi segera. Pengambilan produk segera yang berlebihan, pasti akan mengundang kemudaratan.

So, kena kawal sikit pengambilan. Tak salah untuk merasa.

Pilih masa yang sesuai kita menikmati hidangan. Agar kita dapat menghayati keenakan kopi super essenso yang sedap ini.

P/s :

Review ini adalah pandangan jujur penulis dan tidak berbayar.

Saya pernah menulis artikel mengenai kopi segera sebelum ini. Rujuk sini.

Produk ini juga ada menawarkan bungkusan 2 in 1, iaitu tanpa gula. Sangat sesuai bagi yang sangat  mementingan pengambilan gula dalam seharian. Boleh rujuk pelbagai lagi produk di website produk ini.


					

2 thoughts to “KEENAKAN KOPI SUPER ESSENSO (REVIEW)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *