Skip to main content

KOPI RED GUARA CAFE : 3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS CUBA

Kopi adalah minuman kegemaran saya. Sebab itu, saya telah beberapa kali menulis artikel mengenai kopi. Sebagai penggemar kopi, berkongsi perasaan tentang sesuatu rasa kopi  juga satu kepuasan. Rasa kopi yang pahit bercampur rasa manis dan lemak, memberikan satu kenikmatan yang sebenar.

Mengikut statistik sehingga tahun 2019, kopi adalah dagangan terbesar di dunia selepas minyak. Sebab itu, tidak menghairankan, kopi merupakan antara minuman paling popular di dunia.

Untuk artikel kali ini , saya berkongsi satu review produk kopi segera yang menarik minat saya.

Walaupun secara jujurnya, saya lebih menggemari kopi asli tanpa sebarang campuran. Namun, sebagai peminat kopi, selagi namanya kopi, semua boleh minum.  Produk tersebut ialah kopi 3 in 1 Red Guara Cafe.

Suka saya jelaskan  bahawa saya bukan ejen atau stokis produk ini. Sebarang fakta yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pengguna.

Seperti yang diketahui, jenama dan produk ini sudah lama berada di pasaran. Atas sebab itu, ia boleh saya katakan produk yang stabil dipasaran dan boleh dipercayai.

Dengan harga yang mampu milik, serta mudah diperolehi di pasaran, maka tidak rugi pada sesiapa yang ingin mencuba rasa dan keenakan kopi Red Guara Cafe. Berikut, antara 3 perkara yang menarik tentang produk ini.

1. KANDUNGAN PADA RED GUARA CAFE

Saya bukanlah pakar pemakanan atau nutrition yang boleh menghurai lanjut mengenai fungsi setiap kandungan kopi. Cuma, apa yang membuatkan kopi ini unik ialah kandungan yang terdapat padanya.

Kopi ini diadun bersama  ekstrak yis beras merah, ubi bit merah dan guarana. Adunan ini telah menghasilkan satu rasa yang membezakan ia dengan kopi segera lain yang terdapat di pasaran.

Perbezaan inilah yang membuatkannya unik berbanding jenama lain dipasaran.

2. RASA YANG ENAK DAN MENYELERAKAN

Perasaan dan kenikmatan rasa sesuatu produk kopi adalah benda yang subjektif.  Ia bergantung pada siapa yang meminumnya.

Ada sesetengah produk, rasa kopi itu melebihi rasa kandungan campuran lain, yang mana membuatkanya sedikit pahit. Bagi Red Guara Cafe, saya kategorikan ia sedikit lebih manis, tetapi masih terasa kepekatan kopi dan krim susu yang diadun begitu seimbang.

Point penting bila bercerita tentang kopi ini, ialah mengenai aroma bau yang sangat menyelerakan.

3. BUNGKUSAN YANG MENARIK

Walaupun nampak macam perkara remeh, tetapi bungkusan menarik sebenarnya sangat mempengaruhi pembeli . Kredit untuk Red Guara Cafe kerana packaging yang menarik dan sedap mata memandang.

Nampak kemas, elegan, dan simple. Atas faktor itu, membuatkan Red Guara Cafe masih kekal relevan dipasaran hingga kini.

SATU PEMBELIAN YANG BERBALOI

Telah banyak produk kopi segera di pasaran tempatan yang saya cuba dan review. Jika diberi pilihan antara semuanya, pastinya produk Red Guara Cafe antara yang teratas dalam list pilihan saya.

Dengan namanya yang sudah lama dipasaran, dan rasa kopinya yang sedap, Red Guara Cafe merupakan antara pilihan yang tidak menghampakan pembeli.

Semoga produk ini terus maju dan berjaya di masa depan.

MOHAMAD HAFIZ – “Peminat kopi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *