BERILAH SEMANGAT KEPADA ISTERI MU

mom_by_puken-d4pg0o4

Saya ada seorang ibu. Saya juga mempunyai seorang isteri. Saya juga ada kakak dan adik perempuan.

Masing-masing mempunyai perwatakan dan sifat masing-masing. Cuma, apa yang pasti persamaan antara semua ialah mereka ialah wanita dan perempuan.

Menjadi seorang suami dan ayah menyedarkan saya kepada 2 benda.

Iaitu FAHAMĀ  dan BARU FAHAM.

FAHAM?

Faham disini ialah semakin memahami perasaan dan perwatakan seorang isteri dan ibu.

BARU FAHAM?

Saya sebenarnya juga baru faham dan sedar yang masih banyak lagi perkara yang saya tidak faham dan kena belajar.

2 perkara ini membawa saya berkongsikan artikel ini kepada pembaca khusus untuk para suami dan ayah. Kegagalan kita memahami seorang isteri dan wanita inilah yang biasanya akan membawa kepada ketidak sefahaman dalam rumahtangga.

Seorang suami dan lelaki harus memahami dimana sebenarnya kekuatan seorang isteri.

Disini saya kongsikan 2 kekuatan yang dapat memberi semangat kepada seorang isteri.

#KEKUATAN DALAMAN

Dalaman membawa maksud zuriat atau anak. Inilah yang memberi kekuatan dari segi dalaman bagi seorag isteri.

Ikatan yang terjalin sejak dalam Rahim lagi menzahirkan ikatan kekuatan antara ibu dan anak.

Cuba lihat dalam banyak kes-kes keretakan rumahtangga, seorang isteri dan ibu sanggup bertahan demi anak. Seorang ibu sanggup berkorban apa saja demi kebaikan dan kebahagiaan anak.

Sebab itu kita selalu mendengar anak merupakan tali dalam mengeratkan hubungan keluarga.

#KEKUATAN LUARAN

Terdapat 2 faktor luaran yang memberi kekuatan kepada isteri. Iaitu ilmu dan suami.

Seorang isteri harus memperbanyakkan proses untuk mencari ilmu khusus dalam memperbaiki diri sebagai seorang muslimin dan isteri yang solehah.

Cuba memperbanyakkan menghadiri ceramah-ceramah agama. Sekira tidak mampu, banyakkan membaca dan meminta nasihat daripada orang yang lebih berkelayakan.

Suami juga harus memberi galakan kepada isteri dalam membina kekuatan. Apabila isteri kuat dalam melayari rumahtangga, insyaallah keluarga akan menjadi lebih bahagia dan tenang dalam menghadapi sebarang dugaan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

 

Wallahualam.

 

P/S: Sumber rujukan kepada isi artikel ini adalah menerusi perkongsian Ustaz Muhammad al- Amin. Anda boleh rujuk disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *