MASALAH DAN SUDUT 360 DARJAH

3bcd2d723521c0dc0e91b0d9792c33b6

Sekali imbas, tajuk artikel ini macam soalan matematik budak sekolah.

Memang ia satu bentuk soalan matematik yang biasa. TETAPI berapa ramai dikalangan kita melihat ia bukan hanya sekadar penyataan masalah dalam matematik.

Sebab itu, saya ingin membawa soalan matematik ini keluar merentasi subjek-subjek dalam kehidupan seharian.

HIDUP ini ialah tentang bagaimana kita berhadapan dengan masalah.

Semua manusia pasti mempunyai masalah dalam kehidupan seharian. Samada masalah peribadi, keluarga, masyarakat, organisasi, dan sebagainya.

Seperti biasa, bila muncul masalah, akan ada cara dan kaedah menyelesaikan masalah.

Masalah akan menjadi lebih rumit apabila tidak ada jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah. Atau dalam bahasa mudah,menemui jalan buntu.

Bila sudah menemui jalan ini, maka ia akan membuka ruang untuk masalah baru muncul.

Disinilah saya cuba kaitkan dengan sudut 360 darjah.

ADA APA DENGAN 360 DARJAH?

Allah menciptakan ruang dan sudut dalam dunia ini dalam pelbagai bentuk. Asasnya ialah kesemua sudut akan menghasilkan jumlah 360 darjah.

Allah menciptakan mata untuk kita melihat. Apa yang kita lihat akan dihantar ke otak untuk diproses dan dianalisis menjadi satu maklumat.

Apabila kita melihat satu permasalahan itu hanya pada satu sudut, maka otak hanya akan menghasilkan maklumat bersandarkan pada sudut itu sahaja.

Berapa ramai yang terfikir, mengapa sudut terdapat 360 darjah.

Mata kita kalau anda perhatikan, ia diciptakan dengan mempunyai keupayaan untuk berputar pada sudut 360 darjah.

Leher kita juga apabila diputarkan, akan membentuk sudut 360 darjah.

Apabila kita pusingkan badan kita juga akan menghasilkan sudut 360 darjah.

Apabila kita melihat satu masalah itu dalam pelbagai sudut, maka otak akan dapat menganalisa untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai sudut dan perspektif.

Oleh itu, apabila kita berhadapan dengan masalah, cuba biasakan diri untuk melihat dalam pelbagai sudut. Makin banyak sudut yang kita lihat,  makin banyak cara dan jalan penyelesaian yang akan muncul.

Tidak ada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian.

Ingat, apabila kita gagal mencari penyelesaian dalam satu sudut, kita masih ada 359 sudut lagi untuk dilihat.

 

Wallahualam.

One thought to “MASALAH DAN SUDUT 360 DARJAH”

  1. Assalamualaikum Tn Hafiz, saya baru berjumpa dengan blog Tuan. Sangat memberi inspirasi kepada saya yang memang ingin keluar dari kebiasaan namun masih takut-takut hanya kerana telah lama duduk di dalam kotak yang ‘agak selesa’.

    Alhamdulillah, blog Tuan sangat bermakna buat saya dan rakan-rakan lain di luar sana. Teruskan menulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *