5 BEST VALUE HOTEL DI JOHOR BAHRU (Menurut Tripadvisor)

5 BEST VALUE HOTEL DI JOHOR BAHRU (MENURUT TRIPADVISOR)

Bagi yang mencari hotel di Johor Bahru, dalam masa yang sama mahukan hotel yang mendapat review yang baik, teruskan membaca artikel ini.

Saya senaraikan top 5 hotel best value yang boleh anda pilih disekitar bandaraya Johor Bahru.

Senarai hotel yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan laman web Tripadvisor.com.my.

Saya akan huraikan antara faktor tarikan hotel tersebut, berserta petikan review daripada pelanggan. Susunan adalah berdasarkan ranking best value.

Jom baca.

#5 KSL HOTEL & RESORT

Terletak ditengah bandaraya Johor Bahru, menawarkan pelbagai kemudahan selain hotel seperti Cineplex dan Hypermart.

Terdapat 63 buah restoran berhampiran hotel dan terdapat 4 kawasan tarikan utama dalam jarak 0.5KM. Antaranya Dinosours Alive Water Theme Park dan Holiday Plaza Mall. Ia juga berhampiran dengan pasar malam.

“First time staying here for business trip. Hotel attached with mall and get free parking. Staff are friendly and helpful staff. Highly recommended for business and family vacation.”

#4 AMARI JOHOR BAHRU

Sebuah lagi hotel yang terletak di tengah bandaraya.

Kedudukannya yang berhampiran 9 lokasi menarik dalam lingkungan 0.5KM. Antaranya Johor Bahru City Square, dan Angry Birds Activity Park.

“Very nice hotel. Rooms are large and very ideally situated in the heart of JB.”

#3 TROVE JOHOR BAHRU

Sebuah hotel yang menggabungkan rekaan lama dan baru. Terdapat 107 buah restoran yang berhampiran, dan 10 tempat menarik dalam lingkungan 1 km.

Antaranya ialah Dinosaurs Alive Water Theme Park.

“Very good location in town with clean and beautiful room design. Good value for stay. Restaurant is good and not expensive. Staff are friendly and helpful”.

#2 CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU

Kedudukannya terletak hanya beberapa minit dari Johor Bahru Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex dan berhampiran dengan pintu masuk ke Singapura.

Terdapat 25 restoran yang berhampiran, dan antara hotel yang mendapat banyak review.

“Hotel quite new. Room is good. Most amazing breakfast. A lot of menu to choose from.”

#1 DOUBLETREE BY HILTON HOTEL JOHOR BAHRU

Hotel yang mendapat rating paling tinggi untuk best value. Juga terletak ditengah bandaraya Johor Bahru.

Nama Hilton Hotel memang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Terdapat 36 restoran berhampiran, dan 6 lokasi menarik dalam lingkungan 0.5KM.

“Definitely our family’s choice when in JB. Cleanliness, perfect location dan warm welcome make us feel like home”.

KESIMPULAN

5 buah hotel yang disenaraikan di atas boleh anda pertimbangkan ketika berada di Johor Bahru.

Marilah kita sokong industri perlancongan negara dengan melancong di dalam negeri. Pastinya, Johor Bahru mungkin menjadi destinasi pilihan utama anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *