5 CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA MELALUI MAYBANK2U (Western Union)

5 cara transfer duit ke indonesia melalui maybank2u (western union)

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang cara transfer duit ke Indonesia melalui Maybank2u.

Untuk kali ini, saya kongsikan proses yang sama, juga melalui Maybank2u, cuma ada perbezaan sedikit kaedahnya.

Kalau dulu melalui Foreign Telegraphic Transfer, tetapi yang ini melalui Western Union.

Walaupun hampir sama, tapi terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Untuk yang ini, saya layari maybank2u menggunakan smartphone sahaja.

Jom baca.

DAFTAR AKAUN MAYBANK2U

Langkah pertama ialah anda daftar akaun maybank. Anda boleh daftar di cawangan Maybank yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Kemudian, daftar pula Maybank2u di website atau applikasi. Anda ikut sahaja arahan yang diberikan.

Sekiranya anda sudah memilik akaun Maybank2u, skip langkah ini dan terus ke langkah yang kedua.

SIGN IN MAYBANK2U

Sign in ke akaun Maybank2u anda.

Pada paparan di skrin, klik bulatan yang ada 3 garisan sebelah atas kiri.

Bila anda tekan butang itu, klik ‘PAY & TRANSFER’.

PILIH WESTERN UNION

Anda akan jumpa 3 bahagian iaitu PAY, TRANSFER dan RELOAD. Klik ‘TRANSFER’.

Klik pada ‘TRANSFER TO’, dan pilih ‘OVERSEAS’.

Selepas itu, Klik ‘NEW TRANSFER’, dan pilih INDONESIA.

TRANSFER DUIT ANDA

Selepas anda klik ‘INDONESIA’, anda diminta untuk memasukkan jumlah amount yang ingin ditransfer.

Kemudian pilih ‘WESTERN UNION’, dan klik pada butang ‘TRANSFER’.

Masukkan segala maklumat anda pada ruangan yang diberikan.

Bila sudah selesai, klik ‘TRANSFER’. Seperti biasa, anda akan menerima nombor TAC yang dihantar ke nombor telefon. Masukkan nombor TAC dan sahkan transaksi anda.

TUNGGU DUIT SAMPAI

Proses ini mungkin mengambil masa dalam beberapa hari.

Anda dan penerima akan mendapat nombor sms dari WESTERN UNION apabila duit sudah sampai.

Si penerima akan ke pejabat Western Union di Indonesia untuk tunjuan pengambilan duit.

KESIMPULAN

Proses yang hanya menggunakan smartphone ini sangat mudah dan cepat.

Cara ini bukan hanya bolah digunakan untuk transfer duit ke Indonesia sahaja, bahkan ke seluruh dunia.

Anda pilih sahaja negara yang terdapat dalam kotak pilihan transfer.

Semoga cara ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *