5 PANDUAN MUDAH SOLAT HAJAT

5 PANDUAN MUDAH SOLAT HAJAT

Solat hajat ialah solat yang didirikan untuk memohon sesuatu daripada Allah SWT.

Mungkin ada keperluan tertentu yang mendesak seperti menghadapi peperiksaan, ditemukan jodoh dan sebagainya.

Banyak panduan solat hajat boleh dapati di online. Untuk artikel ini, saya cuba ringkaskan agar lebih mudah difahami.

Jom baca.

TUJUAN MELAKSANAKAN

Seperti yang dihuraikan di atas, solat ini dikerjakan untuk memohon sesuatu daripada Allah SWT.

Tetapkan terlebih dahulu apa tujuan sebenar anda. Supaya lebih fokus ketika mendirikan solat nanti.

Pastikan tujuannya adalah untuk kebaikan, bukan pula sebaliknya.

FADHILAT

Sebelum mendirikan solat, adalah lebih baik mengetahui antara fadhilat yang boleh anda dapat ketika melaksanakan solat hajat.

Antaranya, hati akan berasa tenang dan lapang setelah segala hajat disampaikan kepada Allah.

Ia juga mendidik hati agar ikhlas dengan segala ketentuan daripada-Nya.

Selain itu, menanam perasaan yakin akan bantuan daripada Allah.

WAKTU DIKERJAKAN

Solat ini boleh didirikan pada bila-bila masa, samada waktu siang atau malam.

Kecuali, selepas solat Subuh dan Asar.

Pada saya, lebih elok dilaksanakan solat pada waktu malam. Pada waktu itu, keadaan lebih tenang dan akan mudah kyusuk.

NIAT DAN CARA

Solat ini didirikan sebanyak 2 rakaat. Berikut adalah niatnya :

“Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala.”

Berikut pula adalah cara untuk solat :

  • Rakaat 1 : baca Al-Fatihah, diikuti surah Kursi atau surah Al-Kafirun (1 @ 10X)
  • Rakaat 2 : baca Al-Fatihah, diikuti surah Al-ikhlas (1 @ 10X)

CARA MEMOHON HAJAT

Pohonlah hajat anda pada sujud yang terakhir. Selepas memberi salam, bacalah doa solat hajat, diakhiri dengan selawat dan zikir.

Mudah-mudahan hajat anda akan dimakbulkan. Amin.

KESIMPULAN

Mendirikan solat hajat bukan hanya dapat menyampaikan hajat atau permohonan kita , tetapi ia juga mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT.

Ia juga menyedarkan yang kita ini hanyalah hamba-Nya yang lemah, dan kepada Allah kita memohon dan berserah.

Semoga perkongsian saya untuk kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *