5 CARA BUAT DUIT DENGAN TIK TOK

5 CARA BUAT DUIT DENGAN TIK TOK

Ramai yang ingin tahu bagaimana cara buat duit dengan tiktok? Tetapi tidak tahu macamana nak mula?

Sekarang ini sudah semakin ramai yang menjadikan tiktok sebagai medium untuk berniaga dan menjana pendapatan. Terbukti ia satu kaedah yang berbaloi.

Kali ini saya kongsikan 5 cara buat duit dengan hanya menggunakan aplikasi ini. Sebelum itu, anda kena pastikan apa barangan atau perkhidmatan yang ingin dijual.

Dan juga, anda perlulah mempunyai akaun tiktok sendiri.

Jom baca.

TENTUKAN NICHE

Perkara paling utama ialah tentukan apa niche anda. Apa perniagaan yang anda mahu pasarkan.

Niche sangat penting dalam memasarkan branding anda. Ia akan memudahkan tik tok mencari siapa pasaran anda.

Bagaimana tentukan niche? Sebagai contoh, jika anda mahu menjual pakaian, so niche anda ialah fesyen. Jika menjual barangan kereta, niche anda adalah automotif.

Seeloknya, anda kekal dengan satu niche sahaja.

TIKTOK SHOP

Untuk memulakan perniagaan menerusi tiktok, anda kena daftar akaun tik tok shop terlebih dahulu.

Hanya dengan 4 cara mudah. Pertama, sign up tiktok shop menerusi akaun tik tok anda.

Kedua, isi segala maklumat yang diperlukan. Ketiga, tunggu untuk proses audit dan kelulusan.

Keempat, tiktok shop anda sudah sedia untuk digunakan.

BUAT VIDEO YANG MENARIK

Tiktok adalah tentang video. Orang melayari tik tok untuk menonton video yang menarik.

So, pastikan anda menghasilkan video atau content yang menarik.

Biar simple, yang penting mudah difahami dan tidak terlalu complicated.

BUAT LIVE TIKTOK

Salah satu kaedah untuk membuatkan anda ada engage yang baik dengan pelanggan tiktok, adalah dengan membuat live tiktok.

Menerusi ini, anda akan lebih mudah untuk berinteraksi dengan bakal pembeli, dan dapat meluaskan potensi untuk meluaskan jenama atau brand anda.

Tiktok juga ada menawarkan tawaran menarik kepada seller untuk ditawarkan kepada pembeli semasa membuat live.

Sebab itu, ramai seller berjaya mendapatkan income yang tinggi semasa membuat live.

KONSISTEN

Konsisten adalah kunci untuk anda berjaya.

Tidak susah untuk buat duit dengan tiktok. Yang penting, rajin dan tidak mudah putus asa.

Ramai juga yang kurang berjaya disebabkan komitmen untuk konsisten dalam membuat video.

Insya Allah, jika anda konsisten, rajin dan tidak malas, pasti akan berjaya.

KESIMPULAN

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan.

Jom mulakan perniagaan menerusi tiktok.

Rezeki tidak pernah salah alamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *