5 CARA DAFTAR AKAUN TIK TOK SHOP

5 cara daftar akaun tik tok shop

Tik tok shop merupakan aplikasi perniagaan atas talian yang semakin mendapat perhatian. Antara faktor ia berkembang dengan cepat adalah kerana faktor tik tok itu sendiri.

Sambil menonton video, pengguna juga dapat menjual produk yang mereka promosikan dalam satu aplikasi yang sama. Mudah dan cepat.

Saya sangat menggalakan pembaca untuk menggunakan aplikasi ini dengan seoptimanya. Sambil berhibur, dapat juga promosikan produk dan jalankan urusniaga secara serentak.

Kali ini, saya kongsikan 5 cara untuk daftar akaun tik tok shop. Jom baca.

DAFTAR DI TIK TOK SHOP

Langkah pertama, masuk ke aplikasi tik tok shop. Boleh daftar dengan menggunakan nombor telefon, atau alamat email anda sendiri.

Sekiranya sudah mempunyai akaun tik tok, boleh terus gunakannya untuk daftar.

LENGKAPKAN MAKLUMAT

Langkah kedua, isi segala butiran maklumat yang diperlukan. Salinan gambar kad pengenalan diperlukan untuk tujuan pengesahan pendaftaran.

Salinan ini perlu digambar dan diupload. Gambar juga perlu jelas, terang dan berwarna.

TUNGGU PENGESAHAN

Langkah ketiga, selepas semua maklumat dihantar, anda perlu tunggu untuk tujuan audit dan pengesahan. Jangkaan masa adalah dalam tempoh 1 ke 2 hari.

Dalam tempoh tersebut, anda kena sentiasa follow up untuk mengetahui status terkini, samada approved atau rejected.

PAUTKAN AKAUN TIK TOK

Langkah keempat, selepas proses tersebut, daftar masuk akaun tik tok dan pergi ke profil penjual untuk aktifkan akaun penjual.

SELESAI PENDAFTARAN

Langkah kelima, selepas pengaktifan dilakukan, maka sudah selesai proses pendaftaran. So, bolehlah memulakan aktiviti jualan anda.

Masukkan segala maklumat seperti nama produk, harga dan segala yang berkaitan.

KESIMPULAN

Ada banyak kelebihan sekiranya kita menggunakan tik tok shop untuk berniaga. Selain mudah dan senang, bilangan pengguna tik tok yang semakin bertambah juga merupakan satu peluang dalam mempromosikan produk anda.

Ia antara platform aplikasi yang paling berpengaruh ketika ini. Rugi jika tidak menggunakan peluang yang ada.

Apa yang penting, kreativiti dalam menghasilkan video memainkan peranan penting dalam memberi impak dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan.

p/s : 5 kelebihan tik tok untuk jenama anda dikenali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *