5 CARA TEBUS MATA PETRON POINT UNTUK MENGISI MINYAK

5 carar tebus mata petron point untuk isi minyak

Bagi pengguna minyak Petron, anda mungkin biasa dengan Petron point yang anda kumpul melalui Petron Miles Card ketika mengisi minyak.

Petron menawarkan mata ganjaran untuk setiap liter minyak yang anda isi. Berbeza dengan stesen minyak yang lain, point atau mata yang anda kumpul boleh ditebus untuk mengisi minyak.

Proses untuk tebus mata tidak lah rumit. Anda hanya perlu kumpul point sebanyak yang mungkin.

Makin kerap anda isi minyak di Petron, makin tinggi Petron point anda.

Menarik kan?

Kali ini saya kongsikan 5 cara mudah untuk tebus mata Petron point untuk digunakan mengisi minyak kenderaan anda. Jom baca.

PASTIKAN KAD ANDA AKTIF

Pertama sekali, anda kena pastikan kad anda aktif. Bagi yang ingin memiliki petron miles card, anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter stesen minyak.

Kad anda biasanya akan terus aktif.

Bagi pengguna sedia ada tetapi memiliki kad yang rosak, pastikan anda membuat laporan ke kaunter untuk menggantikannya dengan yang baru.

CARA KUMPUL MATA PETRON POINT

Kumpul point untuk setiap kali anda mengisi minyak dengan memberikan Petron miles card anda ke kaunter.

Pastikan sentiasa membawa bersama kad tersebut.

Anda boleh melihat jumlah terkini point anda pada resit pembayaran yang anda perolehi semasa di kaunter.

CUKUPKAN PETRON POINT

Berapa point yang perlu dikumpul untuk ditebus dengan minyak?

Untuk 3000 point, anda boleh tebus mata atau redeem minyak sebanyak RM45.00.

Berbaloi bukan? untuk setiap liter minyak yang sudah kita isi, sekurang-kurangnya ada juga pulangan yang kita boleh dapat.

REDEEM POINT DI KAUNTER

Bawa Petron miles card anda ke kaunter stesen minyak Petron.

Cashier akan periksa point anda dalam sistem data mereka.

Jangan lupa untuk membawa bersama kad pengenalan. Ini adalah untuk tujuan pengesahan dan prosuder untuk redeem point anda.

ISI MINYAK FREE

Apabila sudah selesai proses tersebut, boleh lah anda ke pam minyak dan mengisi minyak menggunakan point terkumpul anda.

Dapat juga anda menikmati minyak ‘free’.

Mudah dan tidak rumit prosesnya.

KESIMPULAN

Saya sudah lebih 10 tahun menjadikan Petron, sebelum ini Esso, sebagai stesen minyak pilihan saya. Satu lagi stesen minyak yang saya selalu gunakan ialah Shell.

Shell juga antara stesen minyak yang menawarkan banyak kelebihan menerusi kad bonuslink mereka.

Bila saya bandingkan kelebihan kad Petron dan Shell, khususnya dari segi penebusan point untuk minyak, Petron menawarkan pilihan terbaik.

Bagi yang belum cukup mata point, teruskan mengumpul.

5 thoughts to “5 CARA TEBUS MATA PETRON POINT UNTUK MENGISI MINYAK”

  1. Petron Miles kad saya yang bernombor: 7825058 009084 884324 (3600 points) tidak boleh ditebus. Pernah menghubungi customer service hotline, tapi tidak dapat dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *