5 NOTA HARI INI UNTUK POLITIKUS

Dalam apapun pembacaan dan penulisan, saya suka menjadikan iktibar sebagai panduan. Kali ini, saya menulis tentang politikus.

Sekalipun tentang politik, bukan figura politikus itu yang cuba saya ditekankan. Sebaliknya, ianya tentang perkongsian mengenai realiti dan pengajaran.

Tulisan nota ini hanyalah sebagai nota santai, humor dan bersifat umum. Tidak menjurus kepada individu tertentu mahupun berunsur kepartian.

Semoga memberi manfaat. Jom baca.

NOTA 1

Hari ini, politikus sibuk tolak tambah, bukan belajar kira-kira, tetapi hitung anggota kejar kuasa.

Dapat kuasa, mahu gandakan pula kuasa menjadi kuasa dua dan tiga. Sehingga kadang terlupa, setiap kuasa, ada punca kuasa.

NOTA 2

Hari ini, politikus bicaranya manis semanis madu. Semua janji ditabur satu persatu.

Merayu memohon sokongan ketika PRU.

Tapi bila dapat kuasa, suara hero menjadi sendu. Janji tinggal janji, tunggu punya tunggu, aduh.

NOTA 3

Hari in, politikus sibuk mainkan sentimen. Sentimen agama, bangsa, suku, negeri dan daerah.

Semuanya untuk meraih perhatian dan sokongan. Tapi sehingga ada terlupa. Sentimen ini seperti bermain api.

Menganggu rakyat untuk memilih, antara rasional dan relevan.

NOTA 4

Hari ini, politikus sibuk bermain wayang. Bukan dipanggung wayang. Tapi dipentas umum untuk tatapan.

Semua watak dan perwatakan boleh ditatap. Betul boleh menjadi tidak betul. Tidak betul belum tentu tidak betul.

Lurus boleh pusing u turn. Lompatan singa boleh berubah menjadi lompatan katak.

NOTA 5

Hari ini, tidak semua politikus seperti di atas.

Masih ramai yang waras. Masih ramai lagi dikalangan mereka yang mempu menggalas tugas. Jangan lupa, tugas memilih ditangan pembaca.

Memilih itu satu tanggungjawab dan amanah. Bukan semua salah itu datangnya dari politikus. Mereka yang memilih juga ada ‘saham’.

KESIMPULAN

Semoga Malaysia terus maju dan dikurniakan kepimpinan dari pemimpin yang hebat.

Jangan taksub dengan sokongan. Kerana taksub itulah yang merosakkan negara.

Juga, jangan memilih kerana wang ringgit. Wang itulah punca segala kejahatan, sekiranya disalahgunakan.

Ayuh, jadilah rakyat yang bijak. Kepada yang bergelar pemimpin, jadilah insan yang amanah dengan tanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *