5 PANDUAN MENJADI SEORANG YOUTUBER DI MALAYSIA

5 panduan menjadi youtuber di Malaysia

Dalam musim pandemik covid19 ini, ramai yang mula berjinak-jinak menjadi content creator atau youtuber di Malaysia.

Youtube, selain daripada sebagai medium hiburan dan informasi, ia juga boleh menjana pendapatan.

Jika kena caranya, anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan.

Sebab itu ramai orang berlumba-lumba menjadi youtuber. Namun, realiti tidak semudah disangka.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu.

Saya kongsikan 5 panduan untuk mereka yang ingin menjadi seorang youtuber. Jom baca.

KENALPASTI MINAT UNTUK DIJADIKAN CONTENT

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Kenalpasti minat anda yang sebenar.

Jika anda mempunyai minat lebih daripada satu, senarai pendekkan untuk dianalisis. Susun minat anda mengikut keutamaan.

Selepas itu, pilih minat yang betul-betul anda mahir dan tahu tentang perkara itu.

Menerusi minat itu, anda boleh mula membina content untuk saluran youtube.

BELAJAR DARIPADA YOUTUBER LAIN

Di Malaysia, terdapat ribuan youtuber yang menjadikan content creator di Youtube sebagai kerjaya utama.

Tonton video daripada youtuber lain yang mempunyai minat yang sama.

Dapatkan idea, ilmu dan inspirasi daripada mereka.

Contohi aspek seperti kaedah penyampaian, pengembangan isi content, dan teknikal.

Jika boleh cuba dapatkan tips dan tunjuk ajar bagaimana mereka mengembangkan content.

Boleh cuba DM mereka secara personel atau komen pada video. Belum cuba belum tahu.

DALAMI ILMU UNTUK CONTENT ANDA

Content adalah segalanya.

Ramai youtuber di Malaysia yang gagal kerana tidak menguasai content mereka sendiri.

Banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan content anda. Cari penulis buku yang dikenali dalam bidang itu.

Sentiasa ‘update’ isu atau perkara berkaitan content. Ikuti secara dekat influencer atau content creator yang lain.

Pelajari juga ilmu ‘video editing’. Untuk yang asas, anda boleh belajar semuanya di Youtube.

SEDIAKAN PERALATAN YANG SESUAI

Pastikan anda menyediakan peralatan yang sesuai.

Untuk permulaan, ada 3 benda asas yang perlu anda ada. Handphone, microphone, dan lighting.

Semua benda ini anda boleh dapat dengan harga yang mampu milik.

Jangan berbelanja lebih untuk ini.

Bila dah berkembang dan ramai followers, barulah anda fikirkan untuk upgrade peralatan sedia ada.

MULAKAN DENGAN SATU VIDEO

Langkah yang pertama, mula dengan video pertama.

Buat yang terbaik. Jangan letakkan jangkaan yang tinggi.

Cuba sasarkan untuk buat berapa video untuk tempoh tertentu.

Mungkin anda kurang yakin bercakap di depan lensa seorang diri.

Gugup dan kelihatan kayu. Itu perkara biasa.

Cara penyampaian dan teknik anda akan bertambah baik jika anda konsisten membuat video.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *