5 TIPS BELI RUMAH BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR

5 TIPS BELI RUMAH BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR

Untuk mereka yang ingin membeli rumah, tidak kira lah rumah pertama atau yang ke berapa kali, mesti anda tercari tips beli rumah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Untuk artikel kali ini, saya kongsikan tips yang mungkin dapat membantu anda dalam proses pencarian rumah idaman.

Tips ini sangat berguna untuk memastikan anda membuat pilihan yang bijak, mengikut keinginan dan kemampuan anda.

Sekurang-kurangnya, anda tahu apa yang penting, dan bagaimana untuk bermula.

Jom luangkan sedikit masa untuk baca tips ringkas ini.

TENTUKAN BUDJET

Perkara utama dalam membeli rumah ialah budget. Tentukan berapa budget yang anda mahu beli, mengikut kemampuan anda.

Pastikan budget itu selari dengan kelayakan pinjaman perumahan dari bank. Anda boleh berhubung dengan mana-mana bank untuk mengetahui kelayakan anda.

Jika anda ada cash, itu lagi mudah.

KENALPASTI JENIS RUMAH

Berdasarkan kelayakan dan budget anda, kenalpasti rumah yang anda mahukan.

Samada rumah teres, apartment, atau kondominium. Untuk yang menetap dibandar, kos untuk membeli rumah landed atau teres, semestinya lebih mahal berbanding jenis rumah lain.

Setiap orang mempunyai citarasa dan keutamaan sendiri.

CARI RUMAH

Bila sudah tahu apa jenis rumah dan berserta budget, masa untuk mencari rumah pilihan anda.

Ada banyak cara untuk mencari rumah. Paling senang, gunakan carian online seperti mudah.com.my.

Boleh juga gunakan facebook atau laman sosial yang lain.

Untuk jenis rumah pula, ada beberapa pilihan. Samada rumah baru, rumah sub-sale, atau rumah lelong.

Terpulang kepada pilihan anda.

Lawat rumah yang hendak dibeli. Cuba pastikan lokasi dan kawasan rumah menepati citarasa anda.

BACA REVIEW ATAU SIASAT RUMAH

Membeli rumah perlu bijak. Selain melihat sendiri rumah tersebut, cuba cari maklumat berkenaan review di online terhadap rumah yang mahu dibeli.

Anda boleh gunakan laman sosial atau di enjin carian Google.

Boleh juga bertanya kepada jiran-jiran yang berada disekitar rumah tersebut.

Bagi yang membeli rumah yang under-construction, boleh selidik rekod pemaju perumahan sebelum ini.

LANTIK AJEN REN

REN atau Real Estate Negotiator merupakan ajen yang memudahkan semua urusan jual beli rumah anda.

Mereka adalah ejen yang berdaftar dan diiktiraf. Cuma, pastikan mereka adalah ajen REN yang betul.

Semua proses, bermula daripada urusan guaman, pinjaman, dan perjanjian akan diurus oleh mereka. Sehinggalah anda mendapat kunci rumah.

So, urusan anda akan menjadi mudah. Tak perlu peningkan kepala.

KESIMPULAN

Tips beli rumah ini hanyalah sebagai panduan untuk anda.

Saya kongsikan tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang sudah beberapa kali terlibat dengan urusan pembelian rumah.

Semoga tips ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *