5 DRAMA KOREA BEST YANG PERNAH SAYA TONTON

5 drama korea best yang pernah saya tonton

Saya mula terjebak dengan drama Korea ketika zaman Winter Sonata. Saya boleh katakan, ia antara drama Korea yang paling best, legend dan penuh nostalgik.

Namun, selain daripada drama Winter Sonata, ada banyak juga drama Korea yang saya boleh ketegorikan sebagai ‘best’.

‘Best’ yang saya ertikan adalah drama yang mempunyai nilai dan jalan cerita yang tersendiri, menarik, dan tidak bosan untuk ditonton.

Saya kongsikan antara 5 drama Korea best yang pernah saya tonton. Jom baca.

SUMMER SCENT (2003)

Drama ini mempunyai keistimewaan tersendiri pada saya. Drama ini ditayangkan ketika demam Winter Sonata masih menyengat.

Ia juga sangat mengingatkan zaman saya belajar suatu ketika dahulu.

Faktor utama mengapa drama ini best ialah chemistry yang wujud antara 2 pelakon utamanya. Lakonan yang sangat natural. Ditambah dengan pemandangan dan mood ‘summer’ yang sangat hidup.

Sebuah melodrama yang membuai penonton dengan jalan ceritanya yang unik. Runut bunyi drama ini memang boleh buat anda terbuai.

FULL HOUSE (2004)

Rasanya semua peminat drama Korea pasti pernah menonton siri drama ini, paling tidak pun pernah mendengar drama ini.

Jalan cerita yang santai dan ringat, tapi penuh dengan elemen drama, lucu, sedih, dan romantik.

Antara drama yang mengangkat nama 2 pelakon utamanya dikenali sehingga ke hari ini. Banyak adegan dalam drama ini masih boleh diingati hingga sekarang.

Drama yang mesti anda tonton.

IRIS (2009)

Saya sukakan genre drama ini. Saya juga sukakan ost drama ini yang melengkapi jalan ceritanya.

Paling saya suka ialah jalan cerita drama ini yang penuh dengan elemen suspen, mendebarkan dan pada masa yang sama, romantik.

Untuk drama Iris, saya boleh katakan ia berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Sudah banyak karya dari Korea yang saya tonton dari genre yang sama, tapi masih belum mampu menandingi cerita ini.

Kalau anda mahukan drama yang hebat, Irish semestinya patut ada dalam list anda.

GOBLIN (2016)

Awesome. Satu lagi drama masterpiece dari Korea.

Jalan ceritanya yang fresh (walaupun tidak logik), lakonan yang mantap oleh barisan pelakon yang hebat.

Goblin pada saya, berjaya mengangkat mutu drama Korea pada level yang tersendiri.

Daripada plot ceritanya, sehingga ke cinematografinya yang cantik, anda harus setuju bahawa ini juga antara drama Korea terbaik.

VINCENZO (2021)

Superb. Satu perkataan untuk drama ini. Saya juga pernah menulis tentang Vincenzo sebelum ini.

Saya suka drama yang mempunyai banyak plot twist. Jalan yang sukar dijangka. Dalam masa yang sama, anda ternanti-nanti sambungan untuk setiap episod.

Semuanya ciri yang saya suka, ada pada drama Vincenzo.

Tema dark comedy yang disajikan juga menjanjikan satu pengalaman yang hebat.

KESIMPULAN

Mungkin kita mempunyai minat dan citarasa berbeza dalam menilai sesuatu karya drama khususnya drama Korea.

5 drama yang saya senaraikan ini pastinya mempunyai nilai dan tarikan yang tersendiri.

Saya sangat berharap, drama tempatan dapat menandingi ataupun paling tidak, menghampiri kualiti drama best yang dihasilkan oleh karya luar.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *