5 PANDUAN MUDAH FOODPANDA REGISTER (RESTORAN)

Anda pemilik restoran? Restoran anda belum register dengan foodpanda? Mahu tapi tak tahu? Kali ini saya kongsikan secara ringkas dan mudah bagaimana nak start.

Sebelum itu, ada banyak kelebihan menjadi partner dengan foodpanda. Selain meluaskan perniagaan online restoran anda, ia juga mampu meneroka pelanggan baru yang berpotensi membeli makanan anda.

Anda juga tak perlu hire rider hantar makanan atau bina satu sistem online baru untuk tujuan order makanan.

Pemilihan foodpanda juga satu langkah baik memandang ia antara pemain terbesar dalam bidang perkhidmatan penghantaran makanan online di negara kita.

Berikut 5 langkah mudah foodpanda register. Jom baca.

LANGKAH 1 – DAFTAR ONLINE DAN TUNGGU PENGESAHAN

Anda klik ruangan daftar di website foodpanda. Ikut segala arahan dan isikan makumat penting yang diminta.

Bila selesai, hantar maklumat tersebut dan tunggu untuk pengesahan daripada pihak Foodpanda.

Sedikit masa diperlukan untuk proses ini. So, tunggu saja la.

LANGKAH 2 – KONTRAK DIHANTAR DAN SIGN

Seterusnya, selepas selesai proses pengesahan, anda akan menerima butiran kontrak. Sila baca dan fahami betul-betul segala macam kandungan kontrak.

Bila setuju, anda boleh sign atau tandatangan tanda terima. Selesai proses ini, anda sudah selangkah menjadi keluarga foodpanda.

LANGKAH 3 – PRATONTON MENU DAN PERANTI

Anda akan menerima pratonton menu anda.

Selepas itu, anda juga akan menerima peranti daripada Foodpanda.

LANGKAH 4 – MENERIMA LATIHAN DARIPADA FOODPANDA

Foodpanda akan memberi latihan kepada anda menerusi panggilan telefon.

Ikuti segala arahan dan latihan yang diberikan dan fahami segala ilmu yang diberikan.

LANGKAH 5 – RESTORAN ANDA BOLEH LIVE DI FOODPANDA

Setelah selesai semua langkah di atas, restoran anda akan live di Foodpanda.

Semua menu anda yang disenaraikan dalam menu sudah boleh dibeli oleh pelanggan di aplikasi Foodpanda.

KESIMPULAN

Semoga perkongsian foodpanda register ini dapat membantu anda dalam mengembangkan lagi perniagaan restoran anda.

Siapa tahu, keuntungan anda dapat dilipat gandakan selepas anda berdaftar dengan foodpanda.

Apapun, berniaga tu berniaga juga. Pastikan kualiti tetap terjaga.

One thought to “5 PANDUAN MUDAH FOODPANDA REGISTER (RESTORAN)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *