10 DRAMA JEPUN TERBAIK YANG PERNAH SAYA TONTON

10 drama jepun terbaik yang pernah saya tonton

Sebagai salah seorang yang pernah menjadi peminat drama Jepun, menulis tentang drama terbaik Jepun yang pernah saya tonton, memang mengujakan. Ia mengembalikan nostalgia khususnya pada awal tahun 2000-an hingga masa kini.

Sejak dari zaman bangku sekolah, hinggalah ke Universiti, perkembangan drama Jepun sentiasa diikuti.

Tulisan cerita ini bukanlah untuk mengagungkan karya dari Jepun. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh memberi manfaat. Walaupun hanya sekadar drama.

Saya memilih 10 drama yang saya anggap terbaik, dan masih berbaloi ditonton hingga ke hari ini.

10 drama ini dipilih berdasarkan jalan cerita yang menarik dan ada nilai yang tersendiri.

Mungkin citarasa kita berbeza. Kerana kita memang berbeza. Jom baca.

#10  BEACH BOYS

Antara cinta pertama saya dengan drama Jepun. Jika Korea ada cerita Winter Sonatanya, Jepun ada Beach Boys.

Mengangkat tema tentang sebuah persahabatan. Sekalipun ia bukan drama percintaan yang biasa kita lihat, namun jalan ceritanya sangat menarik. Sudah tentu, tarikan utama terletak pada 2 pelakon hero popular Jepun masa itu.

Satu lagi yang menarik tentang drama ini ialah runut lagunya atau OST yang best. Sungguh nostalgia dan evergreen. Masih boleh layan hingga ke hari ini.

Drama yang baik dan mendapat sambutan penonton tidak semestinya hanya mengangkat tema tentang percintaan pasangan kekasih. Beach Boys membuktikannya.

#09  GTO

Sebuah karya drama yang saya anggap legend dari Jepun. Memaparkan sisi berbeza seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan anak-anak murid yang ganas dan gangster.

Drama ini tidak akan jadi hebat jika tidak kerana lakonan pelakon utamanya yang memainkan watak sebagai guru yang ‘ganas’. Sangat bersahaja dan natural.

Sekalipun mengangkat tema gangster, buli dan pelbagai masalah sosial remaja, ia sebenarnya sarat dengan pengajaran di setiap episod. Ia bukan hanya pengajaran kosong, tetapi ia ‘sampai’ dan mampu menyentuh emosi dan perasan penonton.

Sehingga hari ini, isu yang diangkat dalam drama GTO saya rasa masih relevan, khususnya dalam sistem dan dunia pendidikan kita.

Bila anak murid dah gangster, guru kena lebih “gangster”!

#08  One Million Stars Falling from the Sky

e0c9f7c7771c4f6e13e423ba269aadd8

Misteri dan penyiasatan. Bagi yang meminati genre sebegini, drama ini patut anda tonton drama. Ia pasti memberikan anda satu kelainan berbanding drama lain.

Jalan cerita drama ini memang membuatkan anda tertanya tanya-tanya, siapa, kenapa, bila dan mengapa.

Elemen ini berjaya digarap dan diadun untuk menjadikan cerita ini menarik.

Paling penting, unsur kejutan dipenghujung episod membuatkan ia seperti one million stars falling from the sky!

#07   Buzzer Beat

3885304676f543bab6fc9b6404da9a32

Kisah tentang pemain bola keranjang. Cerita bagaimana seorang pemain yang tidak bersemangat, tiada motivasi dalam hidup dan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Berkenalan dengan seorang pelajar violin sebuah kolej, yang akhirnya menjadi plot utama dalam drama ini.

Sekalipun tema cinta yang diketengahkan, ia tetap berjaya membawa penonton seolah-olah berada dalam dunia seorang pemain bola keranjang. Pada point ini, saya anggap drama ini sangat berjaya.

Penuh dengan elemen semangat kesukanan dan daya juang untuk berjaya. Tidak hairanlah drama ini pernah diangkat menjadi drama terbaik Jepun dalam Television Drama Academy Awards ke 62.

Selepas menonton drama ini, jangan hairan sekiranya kita mula berminat untuk bermain bola keranjang.

#06  1 LITLE OF TEARS

Diadaptasi dari kisah benar.

Kisah remaja wanita yang telah dikesan menghidap sejenis penyakit yang berkaitan otak yang mengakibatkan kegagalan tubuh badan berfungsi.

Drama ini sarat dengan pengorbanan dan kasih sayang daripada ibubapa dan rakan-rakan. Jika yang gemarkan drama air mata, wajib tonton drama ini.

Sekalipun mengangkat tema yang agak berat, namun plot cerita yang baik menyebabkan drama ini mudah untuk diikuti.

Runut bunyi dan lagu ostnya yang sangat sesuai dengan jalan cerita. Ia membuatkan kita turut sama merasai cerita suka dan duka pada setiap episod.

Sebuah kisah yang mengajar tentang erti tidak mudah berputus asa selagi badan masih bernyawa!

#05   PRIDE

Kisah tentang seorang pemain hoki ais lakonan Takuya Kimura.

Sekalipun kisah cinta merupakan tema drama ini, tema sukan hoki ais berjaya ditonjolkan dengan hebat sekali.

Elemen ini berjaya digabung dan diolah membuatkan drama ini menjadi fenomena di Jepun.

Sukan hoki ais yang tidak popular mula mendapat perhatian. Penonton yang menyaksikan pertandingan hoki ais meningkat sebanyak 300 peratus selepas drama ini disiarkan.

Ramai ibubapa di Jepun mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah sukan hoki ais.

JIHF (Japan Ice Hockey Federation) telah memberi penghargaan kepada produksi dan pelakon drama Pride kerana berjaya mempopularkan sukan hoki ais di Jepun.

Nama Pride diabadikan pada kejohanan Hoki Ais Jepun – Rusia dengan menamakannya “Pride Cup”.

Semua fakta ini sudah cukup untuk menjelaskan kehebatan drama lakonan Takuya Kimura ini.

#04  NANKYOKU TAIRIKU

d6eed45e823bcf8ba21337265a2b2962

Berlatarkan tahun 1959, kisah tentang sepasukan 11 anggota yang dihantar ke Antartika bersama 19 ekor anjing Sakhalin Husky.

Kisah cerita ini memaparkan tentang semangat orang Jepun yang tidak mudah mengalah. Ia sarat dengan elemen kesepasukan, kecintaan pada negara, dan kasih sayang pada haiwan.

Ia mungkin sebuah kisah yang berat. Bukan cerita cinta loving couple. Bagi yang tak biasa menonton genre seperti ini, anda kena layan 2 atau 3 episod. Baru anda akan faham.

Drama membuatkan saya seolah-olah turut sama berada di Artartika. Terasa ingin turut sama memakai pakaian sejuk.

Dan tidak salah jika saya katakan drama ini telah memberi inspirasi kepada rakyat Jepun untuk terus berani meneroka sesuatu tempat yang mencabar.

Tema yang saya belum pernah nampak lagi dalam mana-mana drama melayu. Setakat ini.

#03  ENGINE

engine-jiro-kids-ykosan-com

Sebuah lagi drama Takuya Kimura. Mengangkat kisah tentang seorang pelumba F1 Jepun dan anak-anak yatim dan terbiar.

Kisah pelumba F1 yang struggle untuk mendapat tempat dalam perlumbaan. Akhirnya terpaksa kembali ke tempat asalnya di rumah kebajikan dan bekerja sebagai pemandu bas.

Drama ini memang cute dengan aksi anak-anak comel yang datang daripada pelbagai latar keluarga.

Cerita ini penuh dengan unsur humor, keriangan, dan pada masa yang sama memaparkan kisah sebenar dalam rumah anak yatim dan terbiar.

Watak hero yang pada mulanya seorang baran dan cold, berubah mengikut perjalanan cerita sehingga ada babak yang boleh membuatkan air mata menitis.

Seperti dalam drama-drama sebelum ini, kisah ini mungkin memberi inspirasi kepada anak-anak muda Jepun untuk meminati sukan permotoran.

Mengangkat kisah anak yatim dan gelandangan antara kredit yang harus diberikan kepada drama hebat ini.

#02  PROPOSAL DAISAKUSEN

Ini memang cerita cinta. Namun, sedikit berbeza daripada drama yang biasa kita lihat. Ia berbeza kerana ceritanya memang tidak logik.

Namun, dalam ketidaklogikan jalan ceritanya, drama ini saya anggap sangat berjaya. Tidak keterlaluan saya katakan, ia antara yang drama Jepun terbaik pernah saya tonton.

Mengangkat elemen persahabatan, percintaan dan cinta yang tidak kesampaian. Semua pelakon berjaya melakonkan watak dengan sangat baik. Paling saya suka ialah babak apabila watak hero kembali ke masa lampau.

Gandingan pasangan hero dan heroin sangat cocok. Ditambah pula dengan runut lagu yang mantap.

Untuk rekod, drama ini telah berjaya mendapat anugerah drama terbaik Jepun, lagu terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik.

Drama ini juga telah diterbitkan semula (remake) di Korea pada tahun 2012, dan juga China pada tahun 2017.

Fuhh.

Bagi yang baru belajar nak bercinta atau sedang bercinta, atau sedang gagal bercinta, drama ini sangat sesuai untuk anda.

#01  MY BOSS MY HERO

9d0eab986cc9f3675ea56eb09283e4aa

Kisah tentang seorang pewaris kumpulan Yakuza atau mafia yang bengap.

Dia terpaksa dihantar ke sekolah untuk belajar dan mendapatkan diploma, sebagai syarat menjadi pewaris ketua gangster daripada ayahnya.

Jalan cerita ini sudah boleh membuatkan anda excited untuk menonton drama ini. Walaupun tema yang diangkat agak serius dan gelap, tetapi ia juga adalah drama komedi.

Drama ini saya letak pada kedudukan nombor 1 kerana ia antara drama terbaik Jepun, pada saya.

Cerita tentang sahabat, gangster, dendam, cinta, sekolah, kebodohan dan juga persahabatan.

Ia sarat dengan nasihat dan pengajaran pada setiap plot cerita.

Paling saya suka tentang drama ini ialah bagaimana ia berjaya membawa penonton seperti berada pada zaman sekolah dahulu.

Lagu dan drama perlu saling melengkap untuk menghasilkan karya yang hebat. Untuk drama ini, saya bagi 5 bintang untuk lagunya.

Dan 5 bintang lagi untuk keseluruhan cerita ini.

Cerita yang akan terus kekal relevan dan tidak boring untuk ditonton. Terbaik.

KESIMPULAN

Ada banyak lagi drama Jepun yang bagus untuk dikongsikan, tetapi artikel ini mungkin akan jadi panjang. Cukup saya pilih 10 terbaik Jepun.

Menerusi drama Jepun, kita boleh melihat bagaimana orang Jepun memberi inspirasi kepada rakyatnya untuk menjadi berjaya dalam apa juga bidang.

Kisah yang dipaparkan dalam setiap drama Jepun merupakan cerminan rakyat Jepun itu sendiri. Bukan semua aspek orang Jepun itu bagus. Banyak juga yang tak bagus.

Sebab itu, agama mengajar kita untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Walaupun berbeza bangsa, bahasa dan agama.

Setelah agak lama tidak layan drama Jepun, apa agaknya perkembangan drama Jepun ketika ini.

23 thoughts to “10 DRAMA JEPUN TERBAIK YANG PERNAH SAYA TONTON”

  1. Saya suka tengok;

    Dragon Zakura (2005)
    Hana Yori Dango (2005)
    Hana Yori Dango Returns (2007)
    Hana Yori Dango Final (2008)
    5 ji kara 9 ji (2015)

    Tengoklah….Best!!!

  2. As a japanese drama trash, surprisingly aku x penah tengok 1 litre. Mmg tak ah doh, dah bertahun tak tekan sbb tau tu cerita sedih hahaha. 1st choice tu mcm, setuju jugaklah sebab aku pun tengok mybossmyhero tu dua tiga kali, still gelak gak haha. Dah tengok zenkai girl? Aku suka sbb dia ketengahkan perasaan bila kita kena buat decision psal hidup. Out of topic sikit tapi ade satu cerita korea ni ‘marriage not dating’ kot nama dia, aku suka gak sbb isu2 family yg aku rase terjadi gak dlm real life, dia handle and direct benda tu dgn baik dan tunjuk perspective semua org so kita boleh memahami setiap watak. Panjang betei komen hahaha

    1. Thanks for the Komen yang panjang lebr tp pnuh dengan informasi dan perkongsian. Memang anda peminat drama jepun yang ohsem. Banyak lg sebenarnya drama jepun yang best2 mengikut citarasa masing2..tp xcukup until Saya huraikan. Begitu juga drama korea. Apapun, teruskn perkongsian pada masa2 yang akan datang.

  3. kita geng jajahahah ..sampai sekrang layan lagi ke??? klu layan cuba try tgk movie orange-kento yamazaki berlakon

    1. Ya..masih lg layan..selagi Jalan cerita menarik dan x boring. Thanks for the suggestion.

    1. aku sampai sekarang minat drama jepun dan semua genre aku layan..masalahnya dh bertahun dh aku x tengok dan x tahu kt mana nk tengok….tengok kt youtube pun sekerat² je..hampeh..any suggestion x nk tgok kt mana..at least nk juga tahu drama apa yg latest

  4. My boss my hero drama jepun terbaik bagi aku..banyak pengajaran dalam setiap episod..sahabat,cinta,lawak dan paling penting semangat untuk bangun dan tidak putus asa..dari segi pelajaran banyak yang kita boleh contohi..

    1. Terima kasih atas komen yang diberikan. 100 peratus saya setuju. Ost yang best juga antara faktor drama ini menarik ditonton.

  5. Hello..nk tnye ada satu movie jepun ni sy tngok dkt astro BOO..tpi movie ni maybe cite lma dlm thun +-2000 cmtu la tpii sy dh lpe mti tjuk dy yg sy ingt ayat blkng tjuk tu ‘island’ cite mmng Best first time tngok pn dh jdi minat dngn movie jepun pelakon2 pn not bad.. Cite tu tntang plajr skolah tentera ada bwt game dkt stu pulau ni diorng kne bnuh kwn2 nye sndri shingga tnggl sorng je dlm game ni last skli..diorng jgk dberikn peta & senjata msing2 untk game tu..movie ni agk creepy sbb pmbunuhan tu smua kejam2 ada yg kne pnggal kpla lh..n ade jgk yg bnuh dri sblm game brmula sbb giveup..soo bleh x bgithu ap tjuk dy..sy dh search google brpuluh tjuk tpi smue xkne..stress pn ada!!
    Smangat nih nk thu tjuknye?? Btw sorryy soalan sy dh mcm krangan

    1. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca artikel dan memberikan komen pada ruangan ini. Jika tidak silap saya tajuk movie yang tuan maksudkan ialah ‘battle royale’. Boleh rujuk google untuk kepastian. Saya secara peribadi memang peminat filem ini. Walaupun ganas, tetapi idea dan jalan ceritanya menarik dan tidak boring untuk ditonton walaupun cerita lama.

  6. Maaf saya nk tnya tahu x tajuk cerita jepun tentang doktor yang orang semua boleh dengar bila dia bercakap dalam hati..saya cume igt tajuk dia mula dgn huruf s je..tkt pjg xthu..klu ada spo2 thu bley x tlg bgi thu..dah lama cri tjuk dia x jmpe2 dia..

  7. sy cuma pernah tgok buzzer beat je.. yg lain akan mnyusul nt..
    stakat ni hy ada dua fav movie iaitu buzzer beat dan my little lover
    sy nk tgok my boss my hero next.. hehe

  8. Salam tuan..puehh Cari drama era 2000an cerita pasal cikgu pakar matematik ngn pramugari kalo x silap actor Hiroshi Abe.20 tahun dok Cari x jumpa2 cerita tu , tajuk x ingat,drama ni ditayangkn selepas “with Love”(Takenouchi Yutaka)tolongg satt..kowt2 Ada info.

      1. Ambe minat satu drama jepun tapi lupa tajuknya cuma kisahnya lebih kurang macam ni..seorang pemuda Dan seorang gadis yang tidak mengenali satu sama lain dalam Chatting@message di alam maya(kira macam bercinta la) tp dalam kehidupan seharian mereka kenal mengenali satu sama lain( tp selalu macam berselisih pendapat), kalau tuan ingat tajuk cerita tu boleh ambe tahu sebab nak tonton drama tu. Terimakasih ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *