5 HADIAH HARIJADI PALING POPULAR UNTUK ISTERI

5 HADIAH HARIJADI PALING POPULAR UNTUK ISTERI

Hadiah harijadi adalah satu perkara yang istimewa untuk seorang yang bergelar isteri.

Ia adalah simbol seorang suami menghargai isteri yang tersayang. Sebab itu, hadiah adalah elemen penting dalam sambutan harijadi.

Masalahnya, ramai kaum suami yang masih tercari-cari apa hadiah hari jadi yang sesuai.

Takkan hadiah yang sama sahaja setiap tahun. Kuranglah elemen suprisenya. Namun, suami harus bijak.

Artikel ini mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah sang suami. Jom baca.

KEK YANG MENARIK UNTUK ISTERI

Kek adalah perkara paling asas untuk sambutan hari jadi. So, ramai anggap ia perkara biasa sahaja.

Tapi, dengan kek itu anda boleh jadikan ia sesuatu yang lebih istimewa. Cuba tempah kek dan request untuk rekaan yang lebih special.

Cari kedai atau pembuat kek yang memang mahir dan terbaik. Kenalpasti beberapa perkara sebelum tempah.

Contohnya, penggunaan warna, perisa digemari, hiasan tertentu dan sebagainya.

Laburlah sedikit wang untuk itu. Pasti hasilnya berbaloi.

EMAS UNTUK ISTERI

Percaya atau tidak, emas dan wanita tidak boleh dipisahkan.

Jika hadiahkan emas setiap tahun pun, isteri pasti suka dan bertambah sayang kepada anda.

Emas memang mempunyai magiknya tersendiri.

Berbeza dengan barangan lain sebagai hadiah, emas tak akan lapuk dek zaman dan sentiasa malar segar.

Cuma, suami kena belajar sedikit tentang emas. Supaya menunjukkan bahawa anda tidak hanya beli tangkap muat saja.

HANDBAG ATAU BEG TANGAN UNTUK ISTERI

Satu lagi benda yang sangat sinonim dengan wanita. Nampak biasa, tapi ia juga ada aura tersendiri.

‘Handbag’ atau beg tangan adalah benda yang sentiasa digunakan oleh isteri.

Bahkan, ada isteri yang menjadikan handbag sebagai koleksi simpanan.

Cuba cari kelainan dengan membeli handbag yang lebih menarik.

Kenalpasti beberapa perkara yang isteri anda suka. Contohnya, handbag jenis bertali atau tidak.

Sekali sekala, jadilah suami kena mahir menyiasat.

PERFUME WANGI UNTUK ISTERI

Perfume juga antara perkara yang ramai wanita suka. Carilah wangian yang menepati citarasa isteri.

Ada yang suka bau kuat, ada pula sebaliknya. Bergantung kepada individu.

Kenalpasti juga jenis perisa yang digemari isteri. Jangan sampai wangian yang memeningkan.

Jika ada budget lebih, saya syorkan anda membeli perfume yang dijual dengan 1 set. Semua dalam satu, termasuk losyen, bedak dan sebagainya.

Seperti membuat hantaran pergi bertunang dahulu.

MAKAN BERDUA BERSAMA ISTERI

Bagi yang mempunyai anak, cuba ambil masa untuk keluar makan berdua sahaja.

Bila dah ramai anak kecil, kadang-kadang sukar nak amik feel sambut hari jadi.

So, cuba kembalikan kenangan seperti masa bercita dahulu. Ini akan memberikan satu pengalaman nostalgik yang sukar dilupakan.

Pilihlah tempat yang sesuai. Cari tempat yang jarang anda pergi. Saya cadangkan makan di hotel yang ternama.

Tidak salah spent wang lebih dan masa untuk satu hari yang bermakna bersama yang tersayang.

Jika dapat spent satu malam tidur di hotel berdua, maka lengkaplah hadiah harijadi untuk isteri tahun ini.

p/s : Anda juga boleh baca artikel saya berkaitan harijadi untuk isteri. https://www.mohamadhafiz.com/10-hadiah-hari-jadi-paling-popular-yang-isteri-pasti-suka/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *